BREAKING NEWS

HASAN ALI AKAN MASUK PAS UNTUK BUAT KERAJAAN PERPADUAN.

Dengar kata, Hasan Ali dipanggil semula masuk Pas untuk wujudkan kerajaan perpaduan dan juga mengembalikan Pas ke landasan asal.. Betul atau tak Wallahualam.. Tapi sumber ni datangnya dari dalam Pas sendiri yang menyokong Hadi Awang sebagai Presiden Pas..

Apa yang kita dengar ialah.., Pas sekarang ni makin dijauhi oleh golongan ulamak kerana nampak semakin meninggalkan perjuangan melaksanakan hudud.. Pas juga dikatakan semakin mengikut telunjuk DAP dibawah pengaruh Timbalan Presiden Mat Sabu..

Pasal tu lah golongan pro ulamak macam Hasan Ali tu dipanggil semula masuk Pas.. Bukan senang beb nak neutralkan puak-puak sekular pro Anwar dan DAP macam Mat Sabu.., Stopa Ali.., Husam dan juga Takiyuddin dalam Pas tu..

Dan cuba korang bayangkan kalau Mat Sabu jadi Presiden Pas.., habislah parti cap bulan tu beb.. Sekarang ni Mat Sabu kan Timbalan Presiden.., tak mustahil dorang suka bila Hadi tu sakit dan peluang Mat Sabu jadi kepala dalam Pas memang besar..

Apa-apapun.., kita berdoa je lah semoga perpaduan antara parti melayu terbesar dalam negara ni tercapai ye satu hari nanti.. Najib pun patut berkongsi kuasa je dengan Pas kalau itu boleh wujudkan perpaduan dalam negara..

Tak rugi apa kalau bagi Hadi Awang jadi Timbalan Perdana Menteri kann.. Mat Sabu tu bagi je jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita.., confirm abang Mat sukaa... Betul tak? Hahahahaha...


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali dikatakan akan menyertai semula parti itu selepas dipecat keahliannya pada Januari 2012.

Menurut sumber parti itu, kemasukan semula Hasan mungkin boleh berlaku apabila dikatakan wujud usaha dalaman yang digerakkan beberapa kepimpinan Pas termasuk anak-anak kepada pengasas serta golongan veteran bagi 'memperbetulkan' semula Pas supaya tidak tersasar jauh daripada matlamat dan perjuangan asalnya sebelum ini.

Katanya, usaha dalaman itu difahamkan dibuat atas perkiraan perkembangan politik semasa ketika ini termasuk kesan-kesan lain yang terpaksa dihadapi Pas ekoran kerjasama parti tersebut dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sesuatu isu yang ada kalanya tidak selari dengan matlamat asal parti berkenaan.

"Memang tidak dapat dinafikan Pas ketika ini dilihat sedikit demi sedikit telah lari daripada matlamat perjuangannya seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti apabila mengadakan kerjasama politik dengan DAP dan PKR.

"Malah ada pemimpin daripada parti sekutu Pas secara terang-terangan menolak pelaksanaan hudud yang merupakan antara agenda perjuangan Pas selain isu-isu yang melibatkan soal agama dan perpaduan umat Islam. Atas sebab itulah dikatakan wujudnya usaha dalaman bagi memperbetulkan semula Pas agar tidak terpesong daripada landasan asal perjuangannya.

"Usaha dalaman ini juga mungkin akan melibatkan usaha menarik semula Hasan ke dalam Pas bagi bersama-sama memperbetulkan semula parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah sumber itu, usaha dalaman tersebut juga adalah untuk menyokong Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika ini dilihat berseorangan dalam memastikan Pas terus mengikut perjuangan asalnya sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti tersebut.

Menurut sumber itu, usaha Abdul Hadi difahamkan tidak disambut begitu baik oleh sebilangan kepimpinan Pas ketika ini. - Utusan

2 ulasan :

  1. Memang ada potensi Mat Sabu akan jadi presiden. Bukan setakat PAS akan terima kesan buruk, bahkan mungkin akan jejaskan kepentingan umat Islam dan orang Melayu, sbb PAS banyak pengikut taksub, yg semuanya Islam. kalau terpesong ni lebih bahaya. Mat Sabu dan Anwaris mesti dijatuhkan.

    BalasPadam
  2. Moga negara dijauhkan dari bencana DSAI dan Mat Sabu. Moga dibukakan mata hati PAS untuk melihat kebusukan DAP. Moga dibukakan juga mata hati PAS untuk terima UMNO seadanya. Demi kesinambungan bangsa Melayu. Ameen.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online