BREAKING NEWS

AKSI 18SG ANGGOTA BOMBA DI TAMAN PERUMAHAN.


Dulu masa kecik-kecik gua pernah bercita-cita nak jadi Bomba.. Salah satu sebab gua nak jadi Bomba ialah gua suka sangat tengok kenderaan yang dorang guna.. Klasik tu beb..

Lagi satu perkara yang membuatkan gua nak jadi Bomba ialah tentang kerja-kerja dorang yang selalu main air.. Nampak macam best je kan pancut air untuk padamkan kebakaran..

Tapi sekarang ni gua nampak Bomba dah tak macam dulu.. Anggota Bomba sekarang ni bukan saja kena padamkan kebakaran je.., semua benda dorang kena buat...

Bila ada eksiden Bomba kena panggil.., bila ada ular pun Bomba jugak yang korang cari.. Pastu sekarang ni.., tebang pokok pun Bomba kena buat jugak? Pokok hiasan depan rumah pulak tuuu... Melampau betul lahhh!

Kita kena ingat beb.., kalau kita tak boleh nak membantu anggota-anggota keselamatan kita.., janganlah pulak kita menyusahkan dorang.. Kalau tengok gambar kat bawah ni.., apa kejadahnya tuan rumah tu tanam pokok sampai macam tu kannn.. Tak pasal-pasal je anggota Bomba terpaksa tebang untuk mudahkan dorang cari paip Bomba tu..

Apapun.., gua hargai jasa dan sumbangan seluruh anggota Bomba dalam negara.. Gua respek usaha dorang untuk jaga keselamatan rakyat.. Potong pokok pun takpalahh sekali sekala kannn... Nak buat macam mana.., bukan semua rakyat Malaysia tahu guna akal dengan baik... Kikiki....







6 ulasan :

  1. Pakcu Rantau Panjang11 Jun 2014 pada 9:53 PG

    Pakcu nak ikut kongsi cerita sama tuan MPP bab bomba ni. Pernah mereka bersambung nyawa bila dipanggil secara kecemasan untuk selamatkan anak kucing di atas pokok. Silap hari bulan kucing selamat tapi ahli bomba yang terpaksa terlantar dihospital jika patah dahan yang begitu tinggi semata-mata sematkan nyawa kucing. Kalau nak ikutkan hati pusing belakang tapi bimbang pula masyarakat akan kata bomba tak buat kerja. Apa lagi dengan api lalang yang sengaja dibakar,puak tu juga di panggil bila dah tak terkawal. Begitulah jika kita berangapan "Bomba" adalah kaki suruhan masyarakat

    Apa lagi jika terjadi kemalangan atau kematian ngeri terbakar ke, mati lemas ke Bomba juga yang bertungkus lumus pi selam tarik mayat letak atas penggusung..hingga ke mayat berbau dan reput sekali pun..badan uniform lain dok tunggu atas kereta hitam..tapi bila bandingkan gaji..ahli Bomba juga yang terpinggir jauh berbanding dengan 6 bulan direkrut semasa latihan di Pusat Bomba Wakaf Tapai sama sperti polis dan askar...mana kebajikannya bila pihak insuran pun tak terima untuk masuk perlindungan. Harap-harap Pak Menteri..buka mata atas pengorbanan ahli bomba ni..bukan saja pada badan beruniform lain sahaja.....harap tuan MPP dapat majukan perkara ini..walahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik Pakcu!! Bomba patut dapat gaji setaraf dengan pengorbanan dan usaha gigih menjaga hal ehwal kebajikan rakyat.

      Padam
  2. Betul tu. Depa pun anggota keselamatan. Depa punya gaji pun kena setaraf dgn polis dan tentera. Sbb keje depa pun mencabar.

    BalasPadam
  3. Betul tu. Bomba pun pasukan keselamatan. Keje depa pun berisiko. Jd, gaji depq kena la sama mcm polis dan tentera.

    BalasPadam
  4. Sy juga minat jd bomba tp x lulus masa ujian kini baru bersara kerja hospital.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah kita ye Tuan Haji.. Selamat beristirehat sambil melayan karenah cucu ye...

      Padam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online