BREAKING NEWS

ZURAIDA MAK LAMPIR JANJI AKAN GIGIT KAKI PENCABARNYA.


Penyandang Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyerang calon lawannya dan memberi amaran kepada calon Pemilihan PKR 2014 supaya tidak menggunakan kedudukan mereka dalam negeri untuk mendapatkan sokongan akar umbi.

Zuraida mendakwa ada aduan wujudnya unsur salah guna kuasa oleh calon di Selangor yang menggunakan pengaruh mereka dalam kerajaan negeri bagi meraih publisiti untuk memancing undi.

"Kita tidak mahu mereka menggunakan jawatan yang diletakkan parti untuk keselesaan mereka dalam pertandingan parti.

"Jangan gunakan kuasa itu, parti (pusat) juga ada kuasa...(jadi) pergelutan mungkin ada di situ," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama calon yang terlibat, sebaliknya mahu jawatankuasa pemilihan menyiasat dakwaan tersebut.

Zuraida kini dicabar oleh bekas timbalan beliau, Rodziah Ismail untuk jawatan Ketua Wanita PKR.

Rodziah adalah Exco kerajaan negeri Selangor untuk dua penggal berturut-turut.

Mengulas mengenai timbalannya, Rodziah yang mahu mencabar kedudukan beliau, Zuraida menasihatkan supaya beliau terus fokus dengan tanggungjawab mengurus tadbir negeri sahaja dan mempertahankan Selangor daripada serangan Barisan Nasional (BN).

Jelasnya, kredibiliti Rodziah diragui apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu sebelum ini jarang turun padang dan mendekati Wanita.

"Saya hendak nasihatkan beliau supaya lebih mendekatkan diri dengan akar umbi setiap masa dan bukan hanya ketika waktu pemilihan sahaja.

"Sekiranya ada kesungguhan, tidak menjadi masalah, tetapi saya tidak nampak dalam penggal yang lepas dia melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan," katanya.

1 ulasan :

  1. woooi...takkan pemilihan PKR pun ada unsur-unsur salah guna kedudukan/pengaruh jugak? selalunya tuduh umno yg guna pengaruh, ini apahal pulak parti pimpinan anugerah tuhan boleh ada unsur-unsur salah guna kuasa & kedudukan? Aku mula konfius sekarang dgn PKR, dah mula dengan penyakit gila babi atau diterajui oleh babi gila.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online