Selain Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut terbunuh ialah pembantu beliau Michael Cornelius. Pemergian mendiang Karpal Singh ini amat dirasai oleh para penyokongnya. Sejak dari hari kematian beliau, para penyokongnya yang terdiri dari berbilang agama tidak putus mengucapkan takziah serta kata-kata semangat kepada ahli keluarga mendiang melalui laman-laman sosial di internet ini.
Namun begitu, terdapat sebilangan penyokong beliau yang beragama Islam yang terlampau taksub dengan mendiang sehinggakan sanggup melakukan perkara yang melampaui batasan agama dengan mengeluarkan kenyataan yang sama sekali boleh memesongkan akidah seseorang Islam itu. Seperti apa yang berlaku di dalam laman sosial facebook hari ini, seorang penyokong mendiang yang beragama Islam sanggup mengeluarkan kenyataan yang terpesong dari ajaran agama Islam itu sendiri.
Menurut akaun facebook "Benz Ali" hari ini, beliau sanggup menyamakan dirinya sendiri dengan Allah SWT, Tuhan Maha Pencipta kerana terlalu sedih dengan kematian Karpal Singh itu. "Rest in peace Karpal, Jika aku menjadi Tuhan, maka akan aku masukkan kau ke dalam syurga, dan rejam Zulkifli Nordin dalam neraka", itu lah ucapan yang dikeluarkan oleh penyokong tersebut tanpa menghiraukan agamanya sendiri.
Tidak menjadi kesalahan dalam Islam jika kita semua bersedih dengan kematian seseorang yang kita kenali walaupun si mati itu orang-orang kafir, tetapi janganlah terlampau taksub sehingga boleh menyebabkan seseorang itu terpesong dari agamanya sendiri. Kepada pelaku tersebut serta semua rakyat Islam khususnya, ingatlah bahawa sikap fanatik dan taksub adalah dilarang ALLAH SWT terhadap umat terdahulu seperti yang ditujukan khas kepada Ahli Kitab.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Katakanlah, “Wahai Ahli Kitab! janganlah kamu melampau-lampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul”. (Surah al-Ma’idah : 77) ~ Utaranews.com
CAKAP MACAM BABI ! KALAU BABI BERCAKAPLAH !
BalasPadamkerana ramai orang islam sanggup murtad sebab karpal dah mati, manusia yang ada bin ni faham ke ugama islam tu apa, apa yang boleh apa yang tak boleh,..ini akibat ugama yang dibawa oleh anwar dn kuncu kuncu dia,.. leberisma dalam ugama, ugama itu sama...so cerdik pandai islam terutama pas apa jawapan kamu kepada murtad ini, adakah kamu Berjaya menjaga aqidah umat islam atau kamu sekongkol menyokong ugama adalah sama, liberalism dalam ugama...sapa nak jawap bila umat islam dah rosak aqidah, hadi,nik Aziz, ulama pas..oh islam, umat mu sudah banyak terpesong sebab dua tiga manusia di Malaysia ini yang gila kuasa, hingga sanggup manggadaikan mu ya Islam..
BalasPadamMmg dah sesat, klu tak tobat, insyaAllah sekali la tu ngan KS.
BalasPadamOrang ni ada hati nak ikut jejak "Tuhan Harun" agaknya.
BalasPadamAku doakan budak sial ni mendapat balasannya pula dalam masa terdekat ni.
BalasPadamBenih benih liberal ANUar ibrahim
BalasPadamBiarlah dia
BalasPadam