BREAKING NEWS

RAJA BOMOH KENA TAMPAR DENGAN PEMUDA PAS.


Pemuda PAS Perak mempersoal pihak berkuasa agama negara ini termasuk Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) yang masih membiarkan 'Raja Bomoh 1Malaysia' membuat ritual mereka.

Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, kumpulan yang diketuai Datuk Ibrahim Mat Zin itu dilihat masih bebas melakukan aktiviti pembomohan mereka biarpun dilaporkan kertas siasatan terhadap mereka telah dibuka.

Beliau merujuk kepada kertas siasatan yang diumumkan oleh JAIPk pada 16 Mac lalu di bawah Seksyen 9 (Ajaran Agama dan Amalan Salah), Enakmen Janayah Syariah Negeri Perak 1992 terhadap kumpulan pembomohan itu ekoran ritual 'mengsan' kehilangan pesawat MH370 secara terbuka di terminal KLIA baru-baru ini.

Terbaru, kumpulan Raja Bomoh ini muncul dengan ritual mereka di lokasi kemalangan maut Pengerusi DAP Malaysia, Karpal Singh di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung.

"Kami kecewa dan malu dengan JAIPk yang masih belum mengadapkan Datuk Ibrahim atas tindak tanduk yang memalukan tersebut dan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

"Sekali lagi, rakyat Perak yang beragama Islam terkejut dengan gambar tersebut seolah-olah Datuk Ibrahim masih ‘bebas’ dengan perbuatannya yang telah ditegur oleh Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria, Mufti Negeri Perak agar beliau bertaubat dengan segera," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, terlalu jelas bahawa perbuatan khurafat dan syirik masih ‘bebas diamalkan’ di Perak kerana terbukti masih tiada tindakan terhadap Datuk Ibrahim.

"Kami hairan sedangkan Datuk Ibrahim adalah orang Perak dan tinggal di Perak, tetapi JAIPk masih belum menjumpainya dan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online