BREAKING NEWS

AIR ASIA TUNJUK SOMBONG BANTAH ARAHAN PERDANA MENTERI.


Sikap syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, enggan mengalah dengan mudah dalam perkara membabitkan kepentingannya seperti arahan supaya berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9 Mei ini, bukan perkara baru.

Malah, sejak awal AirAsia beroperasi, selepas pemiliknya sekarang membeli syarikat penerbangan itu daripada DRB-Hicom, ia sudah mempamerkan sikap ‘liat’ utuk bertolak-ansur dan berkonfrontasi secara terbuka dengan pihak berkuasa, khususnya Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB).

Sama ada sikap itu memang strategi syarikat dan peneraju utamanya, Tan Sri Tony Fernandez untuk mendapat publisiti, meraih simpati umum atau mengharapkan pihak berkuasa memenuhi sepenuhnya tuntutan mereka, ia bagaikan sudah menjadi sebahagian daripada ‘DNA’ AirAsia.

Apabila kerajaan mengarahkan semua penerbangan domestik yang beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 2002, AirAsia juga enggan berbuat demikian.

Bagaimanapun, sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang murah pertama di rantau ini ketika itu, AirAsia bukan saja menjadi kebanggaan negara tetapi mendapat sokongan media.

Beberapa akhbar ketika itu mendapatkan pandangan orang ramai, yang rata-rata tidak bersetuju AirAsia berpindah ke Sepang kerana selain jarak agak jauh dari ibu kota, ia dikhuatiri menyebabkan harga tiket penerbangan dinaikkan.

Namun, apabila kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu bertegas dengan keputusan berpindah dari Subang, antara lain untuk memastikan KLIA yang baharu dibuka digunakan sepenuhnya,
AirAsia terpaksa akur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu, menegaskan AirAsia perlu berpindah ke klia2 pada 9 Mei ini. Bagaimanapun, kerajaan menerusi MAHB bersedia berbincang mengenai sebarang masalah berhubung perpindahan itu.

“Sebagai sebuah kerajaan, kita perlu meneliti apa sebab kalau ada perkara yang mereka (AirAsia) fikir keberatan untuk berpindah, tetapi yang saya mahu tekankan adalah dialog mereka dengan kerajaan iaitu MAHB untuk mencari penyelesaian di atas kepentingan bersama.

“Kalau mereka buat kenyataan enggan berpindah, itu dilihat macam ‘arrogant statement’ tapi kalau mereka kata ada sebab dan mahu berunding dengan kerajaan, saya fikir cara itu lebih sesuai lagi,” katanya.

Rabu lalu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar, dilaporkan berkata AirAsia akan terus kekal di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) walaupun selepas 9 Mei, apabila terminal itu ditutup bagi memudahkan pembukaan klia2.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataannya selepas itu, beliau menjelaskan AirAsia lebih daripada bersedia untuk berpindah ke klia2 tetapi perpindahan itu hanya akan dilakukan selepas semua perkara dapat diatasi. AirAsia juga meminta Perdana Menteri campur tangan dalam menyelesaikan isu itu.

Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Operasi) MAHB, Datuk Azmi Murad, semalam menjawab secara terperinci kekhuatiran yang dijadikan alasan untuk melengahkan perpindahannya ke klia2. MAHB memenuhi hampir semua kehendak AirAsia kecuali pembinaan spa dan muzium.

AirAsia enggan menggunakan sistem SITA yang digunakan oleh kebanyakan pengendali lapangan terbang dan menjadi pilihan semua syarikat penerbangan, sebaliknya mendesak untuk menggunakan sistem pemeriksaan masuk secara manual seperti LCCT sekarang.

Syarikat penerbangan itu juga tidak mahu jambatan udara yang didakwanya sebagai membazir sedangkan kemudahan itu penting untuk penumpang terutama yang menghadapi masalah fizikal, warga tua, wanita membawa anak kecil dan kanak-kanak.

Anehnya, AirAsia tidak pernah dilaporkan membantah peraturan dikenakan oleh lapangan terbang yang menjadi destinasinya di luar negara, termasuk penggunaan jambatan udara. Hanya di negara sendiri yang banyak membantunya sehingga mencapai kejayaan sekarang, ia memilih untuk liat bertolak-ansur.

Barangkali kerana kehadiran dan kejayaannya memberi sumbangan besar kepada industri penerbangan negara, AirAsia berasakan dirinya seperti ‘anak bijak’ yang setiap kata dan permintaanya harus dituruti.

Soalnya sampai bila AirAsia harus dilayan sedemikian dan berhenti bersikap ‘kebudak-budakan’ yang kadang kala bertukar angkuh setiap kali hasratnya tidak dipenuhi? ~ MI, Berita Harian.

6 ulasan :

  1. tarik je lesen operasinya atau kalau mereka ugut nak pindah operasi dari malaysia biarkan saja..x sampai beberapa tahun memerayu2lah mereka nak balik macam cinebeng yg berhijrah ke britain...jangan bagi muka pada pendatang..bila dah kaya lupa diri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Toksah layan aje. Kos tambahan yg minimal pun mereka nak jdkan alasan . Pindahkan aje.

      Padam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online