BREAKING NEWS

MAWAR KARIM BERLAGAK.., TUDUNG FAREEDA BAKAL DIBOIKOT.


Didalam Islam, bertudung tu wajib kepada semua wanita bagi tujuan menutup aurat. Tudung juga bukanlah dipakai sekadar untuk berfesyen atau untuk menunjukkan tudung siapa yang paling mahal..

Malangnya, ada pengusaha tudung dalam negara kita ni berlagak dan riak sangat pasal tudung keluaran dorang yang mendapat sambutan orang ramai walaupun mahal..

Dari situ mulalah keluar ayat takbur untuk memperlekehkan ketidak mampuan pompuan lain didalam membeli tudung keluaran dorang..

Rasanya kalau dah kaya sekalipun, tak payahlah berlagak sangat perlekehkan orang lain yang tak mampu nak beli tudung awak tu Mawar oii.. Bukan cantik mana sangat pun tudung Fareeda tu kalau nak dibandingkan dengan tudung jenama lain..


Dan Mawar tu sebelum ni bukan terkenal mana pun kalau tak kerana dia berkahwin dengan sorang artis lelaki tu.. Tak payah nak berlagak lah sebab gua selalu je jumpa Mawar ni dengan laki dia di kawasan sekitar Penang..

Malah sebelum dia kahwin dengan laki dia tu, gua jugak pernah berkerjasama dengan artis terbabit didalam menjayakan satu karnival besar di Putrajaya..

Sebelum ni, Syarikat tudung Fareeda ni dah pernah timbulkan kontroversi pasal kenyataan penjualan tudung dorang tak ada kene mengena dengan agama.. Secara ringkasnya, syarikat Fareeda tu hanya semata-mata menjalankan bisnes tudung sahaja beb.., bukannya untuk menggalakkan muslimah menutup aurat.


Sekarang ni si Mawar tu pulak buat hal dengan kenyataan Bongkak serta Takburnya didalam laman Facebook.. Dorang ni dah kenapa sebenarnya beb? Dah lupa daratan ke atau dah hilang sifat kemanusiaan?

So gua rasa.., dengan kenyataan berlagak dari Mawar tu, bisnes dorang lepas ni mesti "demam" seketika.. Itupun memadailah daripada padam terus kannn...

Harapnya laki Mawar si Fizo tu cepat-cepatlah suruh bini dia mohon maaf kepada semua wanita muslimah di Malaysia ni diatas keterlanjuran dia yang lupa diri dalam Facebook tu... Sekurang-kurangnya, itu boleh tunjukkan Mawar ada sikit rasa rendah diri.. Kalau tak.., tak tahulah nak cakap beb...


61 ulasan :

  1. itule mana boleh cakap mcm gitu kan. Mawar kena minta maaf ni.. tunjukkan rasa rendah diri tu spaya org ramai terus menyokong mawar

    BalasPadam
  2. MAWAR TAK DE AKAUN MEDIA SOSIAL , JANGAN LAH MENUDUH MENGKHINZIR BUTA

    BalasPadam
  3. MEMANG TAKKAN LULUS LA ULASAN AKU TADI

    BalasPadam
  4. Tolong jgn terpedaya dgn provokasi org bkn Islam.Tudung yg harga murah kebanyakan nya dikilangkan dr org bkn Islam.Mereka yg bkn Islam atau lebih tepat lg "cina" mengambil kesempatan buat duit menjual tudung dgn harga murah.

    BalasPadam
  5. Kot ye pun wahai blogger x perlu la nk menghentam n jd penambah perasa lak...yg dok kutuk2 tudung org tu pehsl..kalu x suker duk diam2...silent is better k

    BalasPadam
  6. Ulasan pun nk kene dpt kelulusan so kalu nk ciplak tudung pun kene la dpt kelulusan dr pengideanyeeee...x gitu

    BalasPadam
  7. Saya bknlah nak kt apa pun..tp sbg seorg islam yg ingin galakkan org lain bertudung..xdelah smp sehelai tudung harga mencecah rm 200..beli kain pun xde lah mahal cam tu pun.tp apa kan daya kan..setiap manusia kena lah ikut kemampuan masing2 kan..cuma sy xfaham knapa jual tudung smp beratus2 ringgit..pd hal kos upah n kain xde mahal mn pun..

    BalasPadam
  8. Siapa penulis blog ni? serupa macam tiada otak. Saya sokong Fareeda kerana tidak memperkudakan agama utk bisnes. Tidak seperti company lain yg hanya tahu menggunakan agama utk kepentingan bisnes.

    BalasPadam
  9. Fyi.. dah keluar pun permohonan maaf dari admin page... inilah manusia.. suka bersangka buruk.. org lain yang komen org lain terpalit kesan... nak komen pun itu hak anda tapi kenapa serangan peribadi dilakukan pada Mawar... sedap mengata org yer...

    BalasPadam
  10. Yela apa kelas yetak gaji ribu riban nak pakai tudung rege puluh hengget.

    BalasPadam
  11. Apa yg dikata di anu tu ada btul jgk. Ikut kemampuan diri. X kan nk marah org kaya plk. Usaha lah. Teguran dr pihak berimu tu kena ambik kira jgk. Kira dah lpslah tjwb dia utk buat teguran dan mgajak ke arah kebaikan. Insya allah.

    BalasPadam
  12. maaf..saya x nmpak ada keegoan pada jwpn mawar. cb baca betul2. jawapan dia adalah fakta. mmg betul apa yg dia kata, yg mampu beli yg mahal, yg x mampu beli yg murah. nak yang singkat beli kat fareeda, nak yg labuh beli di kedai lain.sy mmg golongan yg x mampu, sbb x de 1 pun tudung sy brand fareeda, paling mahal pun 60 hengget jerr. so apa masalah nyer nak boikot2 segala.

    BalasPadam
  13. eh...tak guna agama untuk jual tudung?
    kenapa bawak keluar fatwa Islam plak bila tudung dia kena ciplak?
    kata tak guna agama.....pening jugak Fareeda ni
    ooo rupanya bila susah baru keluar fatwa agama...bila senang,tudung kami takde kaitan dengan dakwah
    woha~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. susah sangat kot level macam ko nak faham so biar aku olah semula ayat dia ok:
      "Aku nak jual tudung, bukan nak berdakwah. Btw, mencuri dan plagiat adalah salah di sisi Islam..."

      Padam
  14. Lantaklah...ini business kaum kita juga. Biarkan sahaja. Kalau nak boikot ke apa ke, go ahead, tetapi tak usah lah heboh sana sini, hebah ini hebah itu...

    BalasPadam
  15. Org buat salah jgn trs dihukum tp berilah dia ruang tuk membela diri. Lgpun kte kan sesama islam dan knp perlu boikot tp tegurlah secara berhemah...peace no war. Nabi Muhammad saw mengajar kte supaya maaf dan memaafi...

    BalasPadam
  16. Nak kaya kena cekik yop.. tapi x per asal melayu kita kena 100% saport

    BalasPadam
  17. biasalah org melayu kalau dah berjaya mesti ramai yg dengki kalau tak bkn lah melayu namanya.. aku rasa barang dia punya duit kita yg punya rasa mahal jgn beli beli yg lain apa susah.. tak payah la nak kondem.. nak sombong itu dia punya pasal lah yg kita dok sabotaj ni mulialah sgt..

    BalasPadam
  18. Yup, teruskan la boikot fareeda, biar jatuh terlingkup, pastu korang senyum la lebar2 tgk bisnes lain terus maju, terutama bisnes yg non muslim, kan ke bagus klau bg suggestion kat fareeda ni buat improvement..drpd terus maki2...

    BalasPadam
  19. Fizo tu pun sama je. Dulu duk pi UITM Puncak Alam sebagai Peserta Maskulin macam mana perangai dia ?

    BalasPadam
  20. Nnt pak menteri cakap xmampu beli tudung pkai tudung saji hahaha

    BalasPadam
  21. Ada aku kesah.. aku mmg x mampu la nak pki mahal2.. tudung periuk ada laa

    BalasPadam
  22. Sapa penulis blog..ada ke nak boikot2 org..makanan2 yg keluaran org barat n sah2 memboikot islam tu hgpa x mo boikot..tp pada saya..mohon admin pahamkan semula ayat pn mawar tu..dia mencadangkan wanita2 yg kurang kemampuan diri.berbelanja mengikut kemampuan diri mcm sy..sy mmg penggemar fareeda..tp saya.mmg x mampu membeli tdg pd setiap bln..nd sy mampu membeli tdg2 pd harga preloved ataupun istilah utk 2nd hand..ttp biasalah..kdg2 madah tulisan ni mmg sering disalah tafsir berbnding madah drpd bicara..tak ada sapa yg nak boikot fareeda..fareeda mempunyai fans yg kuat..mintak maaf kalo ada yg tersinggung..drpd kita boikot tdg..moh la kita boikot produk2 USA ke..israil ker..ape daaaaa...

    BalasPadam
  23. Tudung mahal..wtpe nk beli..biala pakai yg xori pn.spe yg pntgkn kualiti,korg p la beli tudung dy..sukehati kami la nk beli yg xori pn..tu pn nk bgga ke..bile kate pakai yg xori,kate xmmpu la..xmenabung lah..kecohh lu mawar..

    BalasPadam
  24. Melayu memang tak suka tengok melayu lain berjaya terutama sekali dalam bisnes. Mereka berhasad dengki dan saling jatuh menjatuhkan sesama sendiri sama ada dgn serangan persepsi atau bomoh siam.

    Islam kepala bana la korang ni. Ajaran Islam pun ambik sekerat2 yang mana sedap je macam ularmak PAS.

    BalasPadam
  25. Blog ni blog nak bagi pecah belah orang islam n melayu ja... asal melayu islam naik cket cantas... macam2 cara di buat perjatuh sesama sendiri... sapa yg senyum... bangsa lain jgk... apa on xblh...

    BalasPadam
  26. Mampu pun tak kuasa nk spend duit kat fareeda?blek..lain la attach bluetooth kerr. . .tak berbaloi langsung nk beli?baik spend duit tu kat makcik pakcik niaga tudung kat pasar mlm. . .baki tu sedekah . .Kat masjid as future invesment. . .Blekk. . .

    BalasPadam
  27. Kenyataan permohonan maaf dah dikeluarkan dan yang menulis komen tu ialah admin yang diupah untuk menguruskan akaun FB berkenaan.
    Saya pun tak pakai tudung Fareeda tapi sebagai sesama muslim kita beri peluang dan kemaafan. Semua orang pernah buat silap termasuk diri kita sendiri dan bagi pihak Fareeda mereka perlu melatih admin atau pekerja cara memberi maklumbalas berhemah dan tidak menyakiti hati org lain. Ni akaun FB company, jadi jawapan perlu profesional.

    BalasPadam
  28. Bagi aku kuasa pembeli harus diutamakan.kita harus hebahkan kepada semua orang supaya orang lain pon jgn membeli product yang tak berbaloi dengan harganya seperti tudung fareeda..jadila pembeli yang berfikiran sederhana..nonsense kalau harga kain tudung sampai ratus2 sedangkan kain dibeli di vietnam atau china..jadila penguna yang bijak.jgn support perniaga yang tak tahu bersyukur dengan kelebihan yang dia ade..teruskan boikot peniaga2 seperti ini.tak kira bangsa..kuasa pembeli ditangan anda..melayu mudah lupa..

    BalasPadam
  29. x sepatutnya kita sesama melayu dan beragama islam mengutuk sesama sendiri.
    Jatuhkan perniagaan org melayu yang semakin pupus..
    sepatutnya kita menyokong peniaga melayu...

    BalasPadam
  30. Same je perangai fizo ni ngn bini die ek...dulu ade orang kate fizo tu berlagak...betol la ye??

    BalasPadam
  31. Berapa banyak dosa la korang kutip daripada Mawar ni...yg komen tu admin fb dia..bukan dia...sama macam fb PM atau Anwar...dorang mana ada masa sangat nak berFB ni

    BalasPadam
  32. Sbg pengusaha yg tersohor sepatutnya jaga cara penyampaian biar jd ego sedikit tak pe asalkan nampak merendah sbb fareda itu perniagaan dan bergantung pd jualan.

    BalasPadam
  33. klu ade yg boikot pun mmg x pernah beli fareeda,sifat melayu biasala,bangsa sendiri berniaga maju mulala dengki..

    BalasPadam
  34. Astagfirullahalazim...

    BalasPadam
  35. fareeda mhl sbb kualiti kain yg diimport.dlm hal ni mawar xde kene mngena sbb dia x handle fb tu.jgn buat fitnah.

    BalasPadam
  36. Orang melayu suka bila orang melayu lain rugi. boleh tepok tangan. horeey !!! 'padan muka', .pemikiran standard. org pompuan pulak sensitip bukan-bukan, terus nak boikot konon. typical malay mentality. piiirahh!!

    BalasPadam
  37. Sesunguhnyer terlajak perahu boleh di undur terlajak kata sapa yg ssh...Walau btol kata2 tu" nak berfesyen ikot kemampuan diri" tp kata2 nie agak sinis menguris ht byk pihak sbb rakyat malaysia skrg gaji pun ckp2 mkn....ingat la adat perniagaan byk saingan dan untung rugi hr nie awak diats satu hr mgkn dibawah adat dunia....allahwalam

    BalasPadam
  38. Yang marah artikel ni mesti org mawar sendiri tak pun mawar kot...hehe ke yg pakai tdung fareeda..itu sikit je lagi bnyak setuju dgn artikel ni...terimala hakikat..

    BalasPadam
  39. Di pasar kemboja SPS belambak tudung ini, bersepah sepah.............................

    BalasPadam
  40. Wahai manusia, udah2 le 2, doa yg terbaik utk dowg...

    BalasPadam
  41. Assalamualaikum,, saya Nurkamisah sharil yg komen pasal harga tudung mawar tu,,, xsangka bole jd mcm ni,,, saya xd maksud nk jatuhkan perniagaan mawar,,, tp saya cuma ingin menyatakan harga fnj yg mahal,, bukan nya utk menjatuhkan dia,,, sepatutnya admin mawar xbole lh ckp mcm tu,, saya bukan ckp utk diri saya seorang,, tp utk customer lain yg rasa berat nk beli tudung jenama fnj,,, apa kata ambil ianya sebagai satu pendapat yg dpt membantu menaikkan perniagaan fareeda,,kalau xnk buat tudung murah terserahlah tp xusah merendahkan golongan xmampu sehingga saya disuruhnya menabung utk berfesyen,,,,saya harap isu ini xdipanjang2kan lagi,,xperlu lh nk boikot fareeda..ALLAH yang bagi rezeki....saya minta maaf atas kesilapan saya,, yg buruk dtg dr saya, yg baik dtg dr ALLAH.

    BalasPadam
  42. @Tanpa Nama hmmmm btl tu wehhh... kesian btl lah melayu2 ni... dh abad 20 pon msh kental lag semangat PHD nyer....

    BalasPadam
  43. aku tengok wanita2 bertudung la nih,ikut trend,ada pakai tudung sengkat,ada pakai tudung tp baju ketat,ada pakai tudung dan busana ketat,macam2 sekarang,dan pulak tuh yang ambil untung pengusaha2 tekstil bermcm macam jenis fesyen tudung kununnya nampak feminin dan moden,walaupun menutup aurat itu wajib,dan yang bertudung seksi plak tuh memangla dapat saham,yang betul2 pakai tudung harus cek dalam diri,aku pakai tudung nih utk fesyen ker untuk Allah swt...

    BalasPadam
  44. Boikot jgn kira bangsa ape.tak semestinya kalau dia orang melayu kita mengiyakan saje sedangkan dia tidak meniaga atas dasar yang betul.hanya mengira keuntungan saje..banyak peniaga melayu yang tamak sekarang ni..tidak baik rasanya kalau dia membeli tudung secara pukal di vietnam misalnya dengan harga murah dan meniagakannya dengan mengambil 5 hingga 6 kali ganda keuntungan.peniaga begini memang kita kena hindari.kuasa boikot di pihak pembeli..

    BalasPadam
  45. MORAL OF THE STORY,RASULLULLAH S.A.W BERSABDA,BAGINDA AMAT BIMBANG DAN TIDAK MAHU UMAT2NYA KAYA,BAGAINDA LEBIH SENANG UMATNYA BERSEDERHANA,INI KERANA BAGINDA TIDAK MAHU UMATNYA MEMILIH KE JALAN NERAKA ANGKARA SOMBONG BONGKAK SELEPAS MENCAPAI KEKAYAAN-HADITH BUKHARI MUSLIM SAHIH---INGATLAH KEKAYAAN HANYA MILIK ALLAH S.W.T SETIAP KESENANGAN DAN KEMEWAHAN YANG ADA PADA KITA HANYA DIBERI PINJAM SEMENTARA DAN AKAN LENYAP SEKELIP MATA,TELAH BANYAK PERISTIWA2 ORANG2 KAYA YANG AKHIRNYA JADI TRAGEDI NGERI AKIBAT DARI KEZALIMAN DAN KESOMBONGAN MEREKA SENDIRI,TENTUNYA SEMUA TAHU,TAPI BUAT2 TAK TAHU KERANA INGIN MENGEJAR KEMEWAHAN,SAYA MENULIS BUKAN NAK RIAK,HANYALAH INGIN MEMPERBETULI DIRI SEBELUM MENGADAP ALLAH YANG MAHA ESA DAN INGIN BERKONGSI ILMU BERSAMA YANG LEMAH DARI SAYA YANG BAIK DARI ALLAH S.W.T RENUNG2KANLAH DAN SELAMAT BERAMAL............

    BalasPadam
  46. Ape da... bila org Islam lain maju dlm perniagaan ada saja org lain yg dengki dan keji. Yang sedihnya yg mengkeji tu pun org Islam jugak...tak da rasa bangga ke bila yg maju tu org Islam jugak, bukan dia mencuri pu n tapi berniaga

    BalasPadam
  47. Aik agama Islam..berniaga ikot ajaran Islam lor..da tentu ad kne mengena nan Islam..bile slh org len sebut balek pasal hukum...ingat Hukum Islam nie bole tolak tarik pakai bile perlu je ke...xboleh mcm tu..

    BalasPadam
  48. Tak perlula kita nak boikot sesama bangsa...skrg i hak membeli pada dri kita sndri...tkde yg pkse tkde yg lrg pon kte bli...kalau tak nak tak pyh bli..klau nak bli...tk pyh nk ajk org lain boikot bagai...baik ko pegi boikot brg israel tu...lg bgus...

    BalasPadam
  49. Typical "Malay" berniaga macam tuh ler.. hari nih start niaga, esok dah mula dapat sales lusa dah nak pakai BMW X6 dan beli rumah banglow 8 tingkat.. "Harga jualan hari nih singgit, esok jadi dua hinggit lusa jadi tiga hinggit.. naik 200% dengan alasan super tak munasabah sebab harga gula dengan garam dah naik duasen.." puiii.. doh ler.. toksah niaga ikut typical "Malay" nyea attitude.. niaga nih 9/10 rezeki.. apa salah nyea 1-2/10 rezeki tuh kita buat amal sket.. bagi discount pada pembeli..

    BalasPadam
  50. Saya bukan di mana-mana pihak cuma nak komen ikhlas:
    - pilihan untuk beli atau tak terpulang pada selera masing2. Ada yang suka kek coklat, ada suka kek buah, ada suka kek keju, Allah jadi kan kita berbeza2, siapa lah kita untuk tetap kan apa yang terbaik?
    - Boikot atau sokong atau tak ada perasaan (macam saya), bukan ke rezeki di tangan Allah? Ada bukan Islam yg kaya, ada yg miskin, begitu juga melayu dsb
    - niat yang baik atau sebaliknya, siapa lebih tahu? Saya cukup kagum dengan sesiapa yang kata2 bagaikan dapat baca hati orang. Barangkali hijab terbuka, Alhamdulillah wallahu alam
    - ada juga pakar ekonomi dan bajet yang komen orang kaya mesti tudung mahal, tudung murah utk yg tak mampu. Hmm, orang kaya ni mungkin tak putus duit, dan tak perlu jimat kot. Kene lah saya ajar rakan yang lumayan gajinya, tapi tudung cuma 10 ringgit yang dia tak boleh beli di gerai makcik pasar malam. Tapi.. Macam mana pula makcik tu?
    - kisahnya, kawan saya ni, yang pakai tudung sepuluh ringgit tu, boleh kata laws juga, muka sentiasa ceria, senang bergaul, ramai kawan dan suami boleh tahan juga (ada driver semua). Kelas gitu, kalau dia tak beritau la mana dia beli tudung sure ingat mahal! Mana agaknya penting ya - fesyen atau pemakai?
    - dan akhir sekali, zaman ni masih ke ada originality? Agaknya kalau pencipta 'awning' tudung control haknya, apa yang jadi ya?

    BalasPadam
  51. kepada blogger yg dihormati.

    Saya rasa tak perlu lah awak nak hentam si Fareeda sebab harga tudung dan design nya yang sangat mahal. Dan tidak, saya bukan orang dalaman atau pun perminat Fareeda dan saya tak berpihak kepada sesiapa. Cuma sebagai seorang manusia yang mempunyai pendapat sendiri dan saya rasa saya terasa tersentuh untuk menegur sedikit. Meskipun harga tudung dia mahal atau pun design tudung nya terlalu singkat dan mengikuti syarat-syarat islam, bukan ke banyak lagi tudung-tudung di luar sana yang menutup litup dan lagi menarik dan jauh lagi murah harga nya? kemampuan orang lain-lain. kenapa harus menghentam Fareeda? Kenapa tidak encik sendiri, personally, memberi feedback kepada syarikat tersebut supaya mereka boleh membetulkan lagi produk produk mereka untuk mengikut syariat islam daripada menghentam dan judge dia di internet? Bukan ke sebagai umat islam, anda harus tolong menolong satu sama lain apabila salah satu di antara kamu berlaku salah? walaupun saya bukan orang islam, tetapi saya tahu serba sedikit tentang agama ini dan saya rasa agama ini sangat indah.
    Saya tahu, encik cukup solat 5 waktu, tidak pernah tinggal puasa, tidak pernah memandang wanita bukan muhrim, selalu mengaji dan etc pendek kata encik ni sempurna untuk menilai sesorang seperti mana encik telah membuat terhadap syarikat ini :)

    Sekian

    BalasPadam
  52. Biar tak mampu beli ,jangan membuat dosa..kalau takut api neraka jangan ajak orang masuk sekali..berbangga dengan ape yg dimurkai Allah tiada nilainya di dunia mahupun diakhirat..sebaliknya azab ygb pedih menanti orang yg melakukan kemungkaran.kalau dia islam dan beriman dia faham..tapi ntahlah..kalau ckp ngan org yg takde agamakan?

    BalasPadam
  53. Inilah bila ckp ngan org tak berilmu...hanya kejar duniawi tapi akhirat.....jgn terus membuat dosa..

    BalasPadam
  54. Salam admin .. Sy rsa x sesuailah awk kluarkan artikel bgini .. Sperti mnjatuhkn Org prmatang pauh sndri .. Jgn lh diboikot prniagaan sebangsa dgn kita . knpa MCD jnama mkanan barat tdak diboikot ? Mna pergi Org mlayu ? Jgn persoal tntang Hrga . Kain diimport , proses BT tdung Sgt rumit . yg dkt luar sng la ckp , cba tnya staff , stressnya mreka bt tdung ... Fikirlah skit perasaan mawar . mawar x penah Ada akaun media social . jgn lah judge ikot suka , knal dlu spa mawar cba rapat dgn dia .. Org akn tau dia ni mcm mna . kita brckp biar nmpak kita ni Org yg berpelajaran ... Bila kluarkan artikel mcm ni apa prasaan kluarga mawar ? X fkir .please laahh jgn nk serbu ikot suka . di fareeda Ada mnyediakn tdung yg hrga preloved Dan di fareeda Ada yg tdung mnutup Dada . peminat Dan pembeli yg menilai sndri . minx maaf trkasar bhasa . brcakap sperti Org yg ilmu pnuh didada bru Org hormat . trima kasih . assalammuailaikum

    BalasPadam
  55. Boikot pun masih ramai lagi yang jadi peminat setia tudung Fareeda ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. belanja ikut kemampuan itu sya setuju...kalau tak mampu jangan beli..bisnes org cara org berniaga ikut kretiviti..tak perlu nak aibkan org karma tau.apa salah nk bergaya cr bersopan..mawar kreatif..jangan dengki

      Padam
  56. betulah apa mawar kata beli ikut kemampuan..
    kalau bebelanja luar kemampuan menyumbang kepada pemiutang..jangan terlalu fikir negetif pd org..bisnes dia rezeki dia..mengaibkan org dosa besar nanti ada karma.dlm bisnes harus ada kreativiti bru dapat berdaya saing...apasalahnya jika ingin bergaya dengan cara yg bersopan..ikutlh peredaran zaman

    BalasPadam
  57. betulah apa mawar kata beli ikut kemampuan..
    kalau bebelanja luar kemampuan menyumbang kepada pemiutang..jangan terlalu fikir negetif pd org..bisnes dia rezeki dia..mengaibkan org dosa besar nanti ada karma.dlm bisnes harus ada kreativiti bru dapat berdaya saing...apasalahnya jika ingin bergaya dengan cara yg bersopan..ikutlh peredaran zaman

    BalasPadam
  58. Tudung ni makcik sgt. TAK IN! npk tua.. ropol2.. ni mmg tudung org kampung yg ade duit tlebih la..hahah.. ade npk ke artis2 pki tudung ni? Haram kot ade... sebabnya memang outdated. Jgn ckp aku tak mampu k. kasut aku pun hrga riban2.. tak heran stakat 3-4 ratos. Tp gila makcik sgt tudung ni... ksian weh org yg pki mcm clown aku tgk...

    BalasPadam
  59. jualan Fareeda semakin merundum dgn kemunculan tudung labuh lilit di kepala ....hahhahah
    yg itu lagi sopan dan santun dan menutup dada depan ...........itu yg penting .....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online