BREAKING NEWS

KANTOI!!!! AKHIRNYA ANWAR MENGAKU KENAL PILOT #MH370


Anwar Ibrahim akhirnya mengaku bahawa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai kaitan dengan menantunya.

"Saya tidak menafikan bahawa dia (Zaharie ) mempunyai kaitan dengan salah seorang daripada menantu saya dan saya pernah bertemu dengannya beberapa kali. Malah, dia juga merupakan rakan kepada R. Sivarasa (Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ahli Parlimen Subang) seperti yang kita katakan sebelum ini," katanya Anwar ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.

"Bagaimanapun, untuk mempolitikkan perkara itu bukan perkara betul. Kita harus menghormati keluarganya dan berdoa untuk mereka tanpa membuat sebarang dakwaan sehingga siasatan selesai," jelasnya.

Anwar turut mengaku bahawa Zaharie merupakan penyokong tegar pembangkang dab beliau pernah menemui juruterbang itu beberapa kali dalam majlis parti.

"Saya bukan jenis yang menyembunyikan diri daripada bertemu dengan orang ramai, Saya pernah bertemunya sekali dua tetapi tidak ingat berapa kali sebenarnya," tambah beliau.

Anwar selain itu turut mengecam blogger yang didakwanya pro-Umno kerana dikatakan cuba mencemari reputasi Zaharie walaupun ramai berpendat bahawa juruterbang itu seorang yang baik dan memperjuangkan keadilan.

Ketika diminta mengulas mengenai spekulasi kemungkinan Zaharie telah 'membunuh diri' berikutan hukuman yang dijatuhkan terhadap beliau sebelum ini, anwar memberitahu, ia perkara yang tidak logik kerana ramai lagi yang tidak berpuas hati dengan hukuman berkenaan.

"Saya percaya, sebanyak 90 peratus pemandu teksi yang menyokong saya juga tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Tetapi mereka tidak membuat rampasan teksi ketika ke Kajang," tegas Anwar.

Sebelum ini, Anwar dipetik oleh Akhbar South China Morning Post sebagai berkata " Saya tidak ingat nama ( Zaharie ), tetapi apabila gambarnya ditunjukkan, saya teringat pernah melihat dia dalam mesyuarat parti."

Katanya, tiada hubungan peribadi antara dirinya dengan Zahrie tetapi juruterbang terbabit merupakan salah seorang daripada pengikut Tweeternya.

Satu laporan Daily Mail pula pada Ahad telah mengaitkan Zaharie dengan penasihat PKR itu. - Mstar

2 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online