BREAKING NEWS

JIJIK!!! ANWAR JAWAB TUDUHAN KENAL PILOT #MH370


Anwar Ibrahim pada Selasa mengutuk tindakan sesetengah pihak yang berkata Kapten Zaharie Ahmad Shah mungkin telah didorong oleh motif politik untuk sabotaj pesawat MH370 yang hilang sejak Mac 8.

Menurut laporan AFP, Anwar berkata Zaharie,yang merupakan seorang ahli PKR, adalah seorang yang baik.

Anwar berkata beliau berasa “jijik” dengan cubaan untuk memburuk-burukkannya dan mengaitkan kepimpinan pembangkang dengan kehilangan pesawat tersebut.

Pada Ahad, The Daily Mail melaporkan bahawa Zaharie merupakan penyokong 'obsesif ' kepada Anwar.

Menurut laporan tersebut, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan Anwar di mana pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Zaharie turut disahkan sebagai ahli seumur hidup PKR Cabang Subang.

"Adakah menjadi satu kesalahan untuk sesiapa menjadi ahli Keadilan? Anwar memberitahu AFP.

"Sudah tentu saya tidak mengambil laporan berita itu secara serius tetapi saya saya bersimpati dengan juruterbang itu dan keluarganya," katanya. - Agensi

2 ulasan :

  1. Sikap sebenar Si Peliwat Jahanam yg telah diketahui rakyat... membohong, putar belit...

    BalasPadam
  2. DAN ADAKAH MENJADI SATU KESALAHAN TUN M DAN DATOK SERI NAJIB MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA?PENCACAI 2LONG JAWAB

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online