BREAKING NEWS

NAJIB BAYAR RM 15'900 UNTUK EZAM TAMBAH KOLEKSI KOTAK.


Ada kawan gua tanya.., kenapa bekas Ketua Angkatan Muda PKR dilantik dalam jawatan penting kabinet Najib.. Sebagai jawapan, gua kata gua pun tak pasti kenapa Najib lantik Ezam Md Nor @ Ezam kotak tu sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan..

Dan kalau tanya gua lagi, gua pun tak tahu apa bidang tugas Pengarah Komunikasi tu beb.. Dan rasanya gua pun tak pasti sama ada Ezam kotak tu adalah individu yang sesuai untuk duduk didalam Kementerian Kewangan.


Apapun.., gaji Ezam Kotak sekarang ni adalah RM 15,900 sebulan belum campur dengan elaun serta insentif lain.. Makin kayalah Ezam lepas ni ye.. Boleh la dia tambah koleksi kotak-kotak dia kannn....

Cuma satu je gua nak ingatkan pada yang diatas sana tu.., jangan jadikan bekas musuh politik sebagai orang kepercayaan dan letak pula didalam kawasan peribadi rumah sendiri..

Bukan apa.., dalam politik ni mana ada kawan kekal abadi beb.. Dan dalam politik juga tak ada musuh selamanya... Takut-takut nanti habis rahsia dalam rumah sendiri pulak habis tersebar kepada kem lagi satu...

3 ulasan :

  1. setuju dengan tuan ...kut nanti kena patuk dengan ular belaan sendiri...

    BalasPadam
  2. Melayu mudah lupa

    BalasPadam
  3. Astagfirullahhalazim , mudah & beruntungnya jika danugerahkan lidah petah berkata kata serta ada aura yg boleh menpersonakan pendengar.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online