BREAKING NEWS

POTONG TANGAN, REJAM DAN SEBAT DI BRUNEI.


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menyuarakan kemurkaan dan mengarahkan pengguna media sosial berhenti mengkritik rancangan beliau untuk memperkenalkan undang-undang syariah di negara itu.

Hassanal, salah seorang individu terkaya dunia pada, Oktober lalu mengumumkan bahawa Brunei akan melaksanakan undang-undang syariah seperti sebatan, pemotongan anggota badan serta hukuman rejam sampai mati mulai 1 April ini.

Tindakan itu mencetuskan kritikan daripada media sosial, satu-satunya kaedah rungutan awam membabitkan pihak berkuasa negara itu dengan tindakan mempersoalkan Sultan dielakkan.

Dalam titah ucapan hujung minggu lalu, Hassanal memberi amaran keras kepada pengkritik beliau.

“Mereka tidak boleh dibenarkan melakukan penghinaan ini tetapi jika ada elemen yang membolehkan mereka dibawa ke mahkamah, mereka akan menjadi yang pertama merasai pelaksanaan Perintah Kanun Keseksaan Syariah pada April,” katanya menurut salinan ucapan yang diterbitkan media kerajaan.

Beliau tidak memperincikan bagaimana pengguna media sosial boleh didakwa di bawah undang-undang Islam itu. Sultan kekal sebagai individu amat dihormati di negara 400,000 penduduk itu yang menikmati taraf hidup tertinggi di Asia.

Bagaimanapun, beberapa minggu lalu perdebatan internet berlaku membabitkan penyokong undang-undang berkenaan dan mereka yang amat bimbangkan pelaksanaannya.

“Amat menakutkan untuk memikirkan kami mungkin direjam dengan batu sehingga mati kerana menyintai atau didenda kerana meminati sesama jantina dan pakaian kami turut dikawal,” kata satu kiriman internet.

Brunei mempunyai penggunaan dan kadar penembusan media sosial terbesar dunia. Undang-undang syariah memperuntukkan hukuman mati kepada zina, potong tangan kerana mencuri serta sebatan dalam kesalahan seperti pengguguran, minum arak dan homoseks.

Negara itu melaksanakan ajaran Islam konservatif berbanding jiran Islamnya, iaitu Malaysia dan Indonesia dengan mengharamkan jualan arak dan mengehadkan agama lain.

Ia juga mempunyai dua sistem perundangan, iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah yang mengendalikan kes perkahwinan, pewarisan harta dan banyak isu kecil lain. - AFP

9 ulasan :

  1. Boleh kosongkan penjara, jimat la sikit wang k'jaan.

    BalasPadam
  2. Saya ingin tahu dari mana datangnya hukuman mati bagi penzina?.Confirm bukan dari AlQuran.Mesti dari hadis2 buatan ularmak2.Kalau ikut AlQuran hukuman penzina adalah sebatan.Tidakkah kita engkar(kafir) dengan perintah Allah SWT dengan mengadakan hukuman yang lain dan mengatakan ianya dari Allah

    BalasPadam
  3. syukurlah... tp di malaysia peemrintah tk berani hudud.. sebab nnti tgn mereka yg kena potong sebb byk rasuah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuduh tanpa bukti tu apa ye hukumannya dlm hudud?

      Padam
    2. Pernah dengar ceramah agams "Hukum menuduh tanpa bukti dan saksi dlm hudud ialah sebat"

      Padam
  4. dimalaysia umno perintah. mana ada hudud. hudud pub umno tak kenal. umno kan kangkong.

    BalasPadam
  5. @Ali Hassan Ismail makna nya awk tak pernah baca dan faham Al Quran. Penzina yg belum pernah kawin hukum sebat dan yg pernah kawin hukum rejam...hukum rejam ni sama mcm hukum mati lah.

    BalasPadam
  6. Hukum hudud bukan ciptaan maanusia beb...itu hukum yg turun nya dpd Allah Ta'ala.

    BalasPadam
  7. Ali Hassan Ismail ko ni macam tak suka hukum hudhud d laksnakan d negera islam..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online