BREAKING NEWS

PENGUNDI CINA DAPAT RM 2JUTA DI SG LIMAU. TAHNIAH MUHYIDIN.

Hari ini Utusan melaporkan Menteri Pelajaran, dalam majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina DUN Sungai Limau di Markas BN, meluluskan peruntukan kira-kira RM2 juta untuk SJKC.

Apakah wajar Muhyiddiun meluluskan peruntukan RM 2 juta untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina hanya untuk memenang? Hanya ada 1,842 pengundi Cina di DUN Sungai Limau dan hampir 90% daripada mereka mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.

Apakah Tan Sri Muhyiddin dan Barisan Nasional tidak mengambil pengajaran dalam pilihan raya lalu bahawa peruntukan-peruntukan ini hanya mencurah air ke daun keladi.

Lebih baik RM 2 juta tersebut diberi “bantuan khas pendidikan” kepada pelajar miskin di sekitar DUN Sungai Limau. Mengapa kerajaan perlu terus menerus memberi bantuan kepada SJKC sedangkan banyak lagi sekolah kebangsaan yang berada dalam kedaaan tidak memuaskan?

SJKC Aik Min – RM1 juta

SJKC Peh Wah – RM50,000

SJKC Yok Meng – RM750,000

Tabung Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Limau – RM200,000.

Ucapan Muhyiddin:

PRK anggap ini amat bermakna bagi BN.

Kita mahu meletakkan calon kita, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. Minta sokongan agar beliau boleh jadi wakil rakyat.

Walaupun Sungai Limau kawasan kampung tetap mahu pembangunan supaya hidup lebih senang.

Calon ini boleh memudahkan rakyat antaranya membantu sekolah Cina sebanyak 3 buah tidak ada masalah.

Baru-baru ini dalam bajet 2014, Perdana Menteri sebut mengenai tambahan peruntukan RM50 juta kepada pendidikan.

Kalau kerajaan BN tak bertanggungjawab tentulah tak bantu sekolah Cina dan tutup.

Dong Zhong hentam saya, kata saya mahu tutup sekolah Cina. Mana ada. Di Kuala Lumpur kata mahu tutup SKJC Damansara sebab kecil. Kita buat sekolah baru, sekolah lama tetap buka.

SJKC dan SJKT tetap akan buka. Kenapa Dong Zhong nak marah? Dia kata kerajaan mahu hapuskan Bahasa Cina kerana tambah sedikit masa Bahasa Melayu. Dia marah. Apa salahnya ini Malaysia, kita kena cakap semua bahasa.

Dong Zhong hentam kita, MCA, Gerakan macam kita tidak betul. Kita bantu semua tak ada masalah.

Kita kena tolong, orang Melayu pun miskin. Saya TPM mahu melihat Malaysia jadi maju. Kita kena bantu semua. – Utusan

5 ulasan :

  1. INI YG BUAT RAMAI YG MELUAT DGN UMNO....bongoks xabis2....dah tau cina xsokong nape masih terhegeh2 nak tolong...lbh baik yg berjuto2 tuh bg pada sekolah agama, pondok2, madrasah n masjid ...ini mmg boddow bertingkek tingkek...

    BalasPadam
  2. Apsal la bn ni masih tak sedar2 lg,masih nak gula2kn kaum cina.mca gerakan kalah praya asyik salahkn melayu kata rasis la tp depa tak nak pulak salahkn cina dan dap yang cauvinis.yg jd kambing hitam melayu terutama perkasa walhal depa kalah praya 2008 perkasa blm pun ditubuhkn.perkasa ditubuhkn thn 2009.depa ni dah jd gunting dlm lipatan bn.

    BalasPadam
  3. Pasal RM2j ni lah UMNO pasti kalah. Org UMNO meluat dgn pemberian kepada sarang racist SRJC / T so akan undi boikot (PAS), Org atas pagar akan undi PAS pasal meluat dgn UMNO yg tak belajar2 dari kesilapan demi kesilapan. Org PAS geng Mahfuz/Sabu/Pahrol confirm undi PAS. Org PAS geng Ust Azizan pun undi PAS sebab sekolah Melayu & Agama tak dapat apa2, depa menyusu kera dlm hutan pulak.

    BalasPadam
  4. umno dari dulu mmg bodoh... yang ikut pun bodoh jgk

    BalasPadam
  5. aku rasa blog support BN ni lagi bodoh rasanya hahaha

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online