BREAKING NEWS

HAIRIE OTHMAN BOIKOT PRK DUN SUNGAI LIMAU SEBAB TAK DAPAT PROJEK.


Pelakon Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat.

Hairie, 42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang berlangsung.

"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Hairie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatannya dalam kempen untuk parti pembangkang dalam PRK, DUN Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November depan.

Ketika ini pelakon Abby Abadi dan Leman (Raja Lawak) dilihat berkempen atas tiket Pas selain beberapa artis lain yang dijangka berbuat demikian seperti Aishah dan Bob Lokman.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu Hairie aktif berkempen untuk Pas tetapi seakan-akan merajuk selepas apabila Pakatan Rakyat dikatakan tidak mempedulikannya termasuklah gagal memberikan projek seperti yang dijanjikan selepas PRU itu berakhir.

“Saya tak mahu komen. Sampaikan kepada bos kamu,” tambahnya.

5 ulasan :

  1. Sertai Kami Sekarang di Kumpulan Jutawan
    Jadikan anda yang terawal,
    Kami di Kumpulan Jutawan sedia meringankan beban anda.
    https://www.facebook.com/kumpulanjutawan1

    BalasPadam
  2. mohon pautan disini http://korekcium007.blogspot.com/ tq bro....

    BalasPadam
  3. Cium tangan untuk hapuskan dosa

    BalasPadam
  4. Click link ini, kebiadapan Malaysiakini!!!

    http://www.malaysiakini.com/news/249474

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online