BREAKING NEWS

MAHFUZ SURUH GUNA GAMBAR ARWAH USTAZ AZIZAN UNTUK RAIH SIMPATI. #PRKSgLimau


Pilihanraya Kecil Sungai Limau menyaksikan bagaimana PAS bergantung hampir sepenuhnya kepada pengaruh Allahyarham Tan Sri Azizan dalam usaha untuk meraih sokongan. Walaupun ia merupakan kubu kuat PAS, tetapi kekuatan itu dilihat terletak kepada Tan Sri Azizan, dan bukan sangat kepada parti.

Justeru, gambar-gambar Tan Sri Azizan digunakan sebagai bahan kempen untuk bermain dengan emosi dan sentimen pengundi. Nama arwah juga digunakan sepenuhnya terutama dalam memperkenalkan calon, iaitu Ustaz Azam Samad.

Kononnya, Ustaz Azam adalah pewaris arwah Tan Sri Azizan. Kononnya, mereka berkongsi pendirian mengenai hala tuju parti dan juga pentadbiran di kawasan tersebut.

Hakikatnya, PAS menipu pengundi kerana Ustaz Azam adalah proksi kepada Mahfudz Omar yang turut memusuhi Tan Sri Azizan. Jika proksi kepada Mahfudz, mana mungkin beliau berkongsi pendirian dengan arwah?

Bukankah lebih murni sekiranya PAS berkempen di atas kebenaran iaitu atas nama calon tanpa menyalahgunakan nama Tan Sri Azizan?

Nampaknya, PAS agak segan untuk mengetengahkan calon tanpa membayanginya dengan personaliti arwah kerana PAS tahu, Ustaz Azam adalah jauh panggang dari api berbanding arwah.

Beliau yang merupakan Pengarah PASTI dikatakan bukanlah seorang yang aktif di dalam politik. Malah, dari segi kerjanya pula, beliau mengambil sikap santai dalam mentadbir PASTI. Ini boleh dilihat dari laman web PASTI Kedah yang tidak bermaya dan tidak lengkap.

PASTI juga tidak mampu menyaingi pusat-pusat asuhan anjuran kerajaan, apatah lagi swasta yang jauh lebih berkualiti dari segi pembelajaran, guru-guru mahupun bangunan.

Rata-rata anak-anak PASTI jauh ketinggalan apabila masuk ke sekolah rendah.

Namun, satu kelebihan Ustaz Azam ialah beliau dikatakan seorang yang kekeluargaan (family man). Walaubagaimanapun, kelebihan ini menjadi kekurangan jika dilihat dari konteks politik. Apatah lagi, sebagai seorang calon wakil rakyat.

Kita sedia maklum bahawa dalam banyak perkara, seorang wakil rakyat perlu mendahulukan rakyat berbanding keluarga. Wakil rakyat tidak boleh bersikap seperti seorang rakyat biasa yang rutin hidupnya adalah pergi kerja dan balik kerja sahaja. Wakil rakyat tidak ada cuti hujung minggu untuk membawa keluarga bersiar-siar selalu.

Seorang wakil rakyat kerjanya adalah 24 jam. Justeru, memandangkan tugas beliau di PASTI juga tidak dapat dilakukan dengan cekap, bagaimana masyarakat Sungai Limau boleh membayangkan beliau mentadbir kawasan dengan cekap juga?

Berdasarkan fakta ini, tidak hairanlah apabila kedengaran sedikit rungutan di kalangan PAS mengenai pemilihan calon. Jelas, walaupun PAS kelihatan begitu yakin yang mereka boleh menang di Sungai Limau tetapi mereka sendiri meragui yang Ustaz Azam mampu memikul tugas dengan dedikasi.

Sudahnya, bagi mengaburi mata masyarakat dan mengalih perhatian, maka nama Tan Sri Azizan ditonjol dan digunakan sehabis-habisan bagi menaikkan Ustaz Azam.

Justeru, pengundi Sungai Limau perlu bijak menghalusi permainan PAS ini. Ingatlah, Ustaz Azam bukan Tan Sri Azizan dan beliau tidak mungkin mampu menyaingi ketokohan Allahyarham.

Janganlah tersilap mengundi kerana bayang-bayang tokoh yang tiada, tetapi undilah berdasarkan apa yang terlihat di hadapan mata.

2 ulasan :

  1. umprono letak gambar ling leong sik.
    Mahkamah Bebas Ling Liong Sik Setelah Didakwa Tipu RM1 Billion Wang Rakyat
    bodoh umno.

    BalasPadam
  2. banyak BENDA YANG PELIK DALAM PAS, MAHFUZ BEANS TIPU PENGUNDI DGN MENDAKWA USTAZ AZAM SAUDARA UST AZIZAN, PENYOKONG PAS PULA DGN MEGAH KIBAR BENDERA DAP...APA CERITA NI......LEBIH BAIK TARUK FOTO NIK AZIZ TENGAH MENANGGIS ATAU GAMBAR DIA TENGAH MENGHIRUP KUAH DALAM PINGGAN, ATAU GAMBAR DIA TENGAH AMBIL AIR SEMBAHYANG TEPI SUNGAI......LEBIH AFDAL TARUK GAMBAR ABANG KARPAL DAN ABANG LIM PAKAI JUBAH DAN SERBAN......TENTU BN TAK DAPAT SATU PUN UNDI DI SG LIMAU.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online