BREAKING NEWS

HABISLAH BN !!!! 10'000 PENDUDUK SUNGAI LIMAU SERBU CERAMAH PAS. #PRKSgLimau


Beginilah sambutan hangat para penduduk Kabu 10 terhadap majlis ceramah PAS sebentar tadi. Keadaan begitu sesak sehinggakan jalan kampung yang satu itu terpaksa ditutup kepada lalu lintas.

Jelas sekali para pengundi DUN Sg. Limau menolak kempen Berani Hijrah yang dibawa oleh BN dan Kerajaan Negeri.

Malah program ceramah hari ini juga mencatatkan peningkatkan mendadak jumlah hadirin berbanding program di Dulang Kecil semalam.

Adalah dianggarkan kehadiran para hadirin mencecah sehingga 10 ribu orang, dan kebanyakannya sukar dilihat dengan mata kasar. Inilah buktinya kubu PAS di DUN Sg. Limau ini bukanlah calang-calang kawasan yang boleh dirampas dengan sewenang-wenangnya oleh BN.

Nampaknya para penduduk Sg Limau lebih memilih untuk KEKAL di rumah masing-masing berbanding BERANI HIJRAH sementara di program-program anjuran PAS. - MyMassa


Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online