Menariknya, dari suara-suara perwakilan disegenap bahagian Pemuda yang bermesyuarat, nama Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali dengan panggilan mesra AzwanBro hangat diperkatakan dan disebut-sebut sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia yang baru untuk digandingkan Khairy.
Melihat daripada saingan didalam perebutan jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia ini, Khairul Azwan dilihat merupakan antara calon yang paling layak selain dari saudara Jamawi Jaafar. Ini berikutan kemampuan Khairul Azwan yang menerajui pelbagai pertubuhan bukan kerajaan serta menjadi antara anak muda yang berjaya didalam perniagaan beliau.
Selain itu, keupayaan Khairul Azwan selaku Ketua Pemuda Umno Perak membantu Umno/Barisan Nasional mengekalkan kuasa pemerintahan di negeri berkenaan juga dipandang tinggi oleh para perwakilan Pemuda seluruh negara.
Dari penilaian yang dibuat dibeberapa negeri, gandingan Khairy bersama Khairul Azwan dijangka mampu menjadikan Pemuda Umno Malaysia semakin dihormati kawan dan juga lawan didalam senario politik negara.
Khairy dilihat hebat berhujah serta membantu Najib selaku Presiden Umno menangani isu politik negara. Manakala jika Khairul Azwan dipilih sebagai NKP, ia sudah pasti mampu membantu Khairy mengurus dan mentadbir jentera Pemuda dengan lebih baik.
Semuanya terletak ditangan para perwakilan yang mengundi pada hari ini. Keputusan pengundian dijangka dapat diketahui selewat-lewatnya petang dan akan diumumkan secara rasmi menjelang malam. ~ MPP News
Catat Ulasan