BREAKING NEWS

KEPUTUSAN TERKINI NKPUM : AZWANBRO MENDAHULUI.., LOKMAN ADAM MEROYAN DI MALAYSIAKINI.

Gua difahamkan setakat pukul 10 malam tadi, Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali sebagai Azwanbro sedang mendahului calon-calon lain didalam perebutan jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Kedudukan tak rasmi adalah seperti berikut :-

AzwanBro - 30
Jamawi - 17
Irwan - 10
Lokman Adam - 2

Kalau ikut kedudukan sekarang ni, memang betul lah kata Lokman Adam kepada sorang sahabat gua dua minggu lepas.. Khairul Azwan tu memang bukan saingan Lokman Adam dan Khairul Azwan bukan setaraf dengan Lokman yang hebat berpidato..

Lokman Adam tu bertaraf bawahan je beb sebab tu lah dia duduk di ranking paling bawah didalam senarai undian perwakilan Pemuda Umno seluruh negara.

Dan bila Lokman dah tahu bahawa dia diambang kekalahan, mulalah Tora-Tora gemuk ni meroyan mengadu nasib kat Malaysiakini.. Siap hantar SMS beb kat pengarang Malaysiakini tu pasal kononnya dia kalah sebab faktor duit.


Inilah benih PKR yang gua dok maki hamun selama ni beb.. Awal-awal lagi gua dah tahu mamat ni memang bertaraf mangkuk jamban.. Korang tengok je lah sekarang dia punya perangai meroyan kat media pembangkang bila tahu nak kalah..

Gua nak tunggu lepas ni sama ada Lokman ni berani tak buat demonstrasi pasal kekalahan dia.. Kan Anwar dah ajar dulu macam mana nak memberontak.., takkan Lokman dah lupa kot?

Apapun Tahniah pada AzwanBro kerana mendahului walaupun dilabel macam-macam oleh penyokong Lokman. Kalau AzwanBro menang.., itu baru dinamakan dari Umno untuk Umno..., bukan dari PKR untuk tunjuk bagus dalam Umno beb..

2 ulasan :

  1. bekas petualang gua tak kasi undi la...pi mampos lg bagus..

    BalasPadam
  2. kami tak mau pemidato hanya bercakap pandai..kami mau org yang berkelayakan untuk handle org muda..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online