BREAKING NEWS

HOT!!! MERCEDES GUAN ENG DIBURU OLEH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap pembelian sebuah kereta Mercedes Benz bagi kegunaan Lim Guan Eng yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ini berikutan terdapatnya kaitan diantara syarikat pembekal kereta terbabit iaitu Lowe Motor Sdn Bhd dengan "taikun" Tan Sri Tan Kok Ping yang difahamkan mempunyai saham didalam syarikat tersebut.

Tan Kok Ping juga difahamkan mempunyai "hubungan istimewa" dengan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang terutamanya hubungan Tan dengan Lim Guan Eng berikutan faedah-faedah yang diberikan oleh Ketua Menteri tersebut pada Taikun terbabit.

Lim Guan Eng sebelum ini telah membeli 15 buah kereta Toyota Camry dengan harga RM 115'500 termasuklah untuk Lim sendiri. Bagaimanapun kereta untuk kegunaan Guan Eng itu telah diserahkan kepada Timbalan Speaker negeri Pulau Pinang setelah pembelian Mercedes Benz dilakukan.

Kerajaan negeri DAP membelanjakan RM 298'263.75 diatas pembelian kereta Mercedes tersebut yang harga sebenarnya ialah RM 657'218. Perbezaan harga yang amat ketara inilah yang menyebabkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memulakan siasatan terhadap pembelian tersebut.

Bagi rakyat khususnya di negeri Pulau Pinang, tindakan Lim Guan Eng membelanjakan sejumlah wang yang begitu banyak bagi kemewahan sendiri adalah amat keterlaluan. Rakyat ketika ini sedang berhadapan dengan kenaikan kos harga barangan tetapi Ketua Menteri DAP di Pulau Pinang ini masih boros berbelanja. ~ MPP News

2 ulasan :

  1. Sudahlah kau...kapirkan org..kau tu islam cukup ke amal ibadat kau nak jumpa Allah nanti... Heheh lawak jugak ek...benda kecik seberang jauh nampak..benda depan mata buat2 tak nampak..biasa la cai...

    BalasPadam
  2. MB KEDAH PON KENA SIASAT JGAK,JGAN SBB UMNO DH TAKOT NAK SIASAT.SBB RAKYAT SUSAH.DIA BELI KRETA MACAM LGE.MACAI....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online