BREAKING NEWS

ZAHID HAMIDI JADI ORANG TENGAH UNTUK ANWAR MASUK UMNO.



Didalam satu temuramah bersama laman web Asia Sentinel, Anwar mengesahkan bahawa Najib Razak melalui wakilnya telah menawarkan kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan diantara UMNO dan PKR.

Menariknya, didalam temubual berkenaan juga mendedahkan bahawa wakil kerajaan Najib Razak bagi pertemuan berkenaan adalah Zahid Hamidi, iaitu merupakan Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik selepas PRU13 lalu.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan bahawa beliau telah menolak tawaran dari Najib tersebut memandangkan kerajaan Umno yang disifatkan amat rasis serta mempunyai semangat perkauman yang ekstrem.

Anwar juga menegaskan didalam temubual tersebut bahawa Najib dan kerajaan UMNO/BN harus melakukan perubahan terlebih dahulu didalam parti dan komponen sebelum menawarkan sebarang bentuk kerjasama.

"Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar.

Persoalan yang timbul disini ialah, jika Anwar bersedia untuk menerima tawaran kerjasama dari Najib Razak, bagaimanakah nasib PAS dan DAP yang selama ini jelas mengharapkan Anwar didalam Pakatan Rakyat?

Dan mengapakah Najib Razak tidak mahu menawarkan perpaduan bersama PAS yang merupakan parti melayu kedua terbesar didalam negara tetapi sebaliknya memilih Anwar yang mempunyai reputasi buruk didalam UMNO dan juga dimata umum? ~ MPP News

6 ulasan :

  1. no way man plszzzz

    BalasPadam
  2. anwar masih control game ...

    BalasPadam
  3. anuar ni kaki kencing,kalau org umno percaya jugak tak tahu la nak kata apa,pemilihan umno dah dekat kenapa anuar keluar benda ni sekarang,sebab time nila nak cantas najib,melaga-lagakan org umno kononnya najib tak kompeten.

    BalasPadam
  4. Tk payah buang masa offer kat anwar..umno dah cukup kuat kalau ahli2 nya bersatu dan bersatu hati mempertahankan hak melayu.jgn offer pd org yg sememangnya musuh dlm selimut satu ketika dulu.

    BalasPadam
  5. Iya lah....betul ke? Atau saje buat temberang....ngapa najib dan anwar nak berbaik baik....mereka tak penah bergaduh, seteru dlm politik je...apa salah. Sekali2 terlepas ckp ok lah kot? No heart feeling...it is just a slip in the tongue but there is no fault in the mind.

    BalasPadam
  6. DS Anwar patut dilantik jadi PM ke 2. Faktor umur kurang berpihak kepada beliau untuk PRU14. Yang sudah tu sudahlah. Beliau adalah pemimpin yang sangat dihormati. Sebenarnya DS Anwar dan DS Najib adalah dalam satu arah yang sama di dalam UMNO dulu tetapi keadaan memaksa DS Anwar keluar.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online