Sokongan kepada Gerakan itu dibuktikan dengan penolakan peletakan jawatan Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow sebagai pemimpin nombor satu negeri itu, oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.
Gerakan antara parti yang mewakili kaum Cina di Pulau Pinang mendapat prestasi buruk dalam pilihan raya umum sejak dua penggal lalu.
Jelas Roslan, Umno akan terus memberikan sokongan kepada Teng agar negeri itu dapat diambil alih BN pada masa depan.
"Mengenai kepimpinan, kita Umno nampak ada kekuatan cuma parti komponen iaitu Gerakan, MCA dan MIC...Pimpinan peringkat pusat perlu melihat apa yang harus dilakukan.
"Tetapi bila saya dapat maklum yang Pengerusi BN tak terima peletakan jawatan Teng Chang Yeow maka saya lihat beliau boleh (melakukan sesuatu) yang mana beliau seorang anak muda yang berwawasan tinggi, berkeupayaan dan jelas kita dapat lihat dari gerak kerja yang dia buat," katanya kepada media.
Justeru beliau meletakkan harapan tinggi kepada Teng untuk mengubah pandangan dan sokongan rakyat negeri itu.
"Jadi saya rasa beliau (Teng) boleh meneruskan untuk mengetuai BN di Pulau Pinang dengan sokongan kuat parti komponen yang lain tapi sekiranya sendiri memikirkan bahawa Umno perlu untuk menerajui, mengetuai kepimpinan BN negeri bagi saya Umno tiada masalah.
"Apa yang lebih penting kita perlu bangkit untuk menyakinkan semua kaum bahawa hubungan antara kaum dalam BN adalah baik," katanya.
Sebelum ini Ketua Penerangan Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Gerakan wajar menyerahkan jawatan nombor satu BN Pulau Pinang kepada Umno selepas parti itu dan MCA gagal menarik pengundi kaum Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pada PRU13, pada 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat mengekalkan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendapat kemenangan majoriti dua pertiga dalam DUN.
Gerakan dah tak laku bagi free pun orang tak mahu dah, apa salahnya UMNO take over, kena adil lah jangan bagi kroni aje, melayu tak ada apa lagi, harap UMNO juga,PAS dan PKR orang suruhan DAP lagi tak guna. Berjuanglah untuk agama dan bangsa.
BalasPadamdalam era ah jib gong ... makin gagal perkara itu makin diusahakannya ...
BalasPadamsayangnya kepada cina tetap utuh ... walaupun gerakan dan mca gagal tetap mahu jilat pantat cibaibeng ... dan umno tetap mahu digabungkan dengan mca,gerakan, mic dan lain2 parti ... dia mahu wujudkan parti 1malaysia ...
ah jib gong pemalu gendang cina ... tahap iq setaraf budak down sindrom ... umpama tikus membaiki labu ...
Ni la pukimak melayu umno haram jadah. Sampai bila pun umno pulau pinang ni dah kena nasi kangkang kote gerakan gamaknya...
BalasPadam