BREAKING NEWS

TERKINI!!! PAS AKAN BAWA PULANG 4000 PELAJAR MALAYSIA DI MESIR.


Datuk Seri Najib Razak mengarahkan semua pihak bersiap sedia untuk membawa pulang lebih 4,000 pelajar Malaysia di Mesir berikutan keadaan kekacauan politik semakin meruncing.

"Segala persiapan sudah dibuat memandangkan kita tidak tahu keadaan di sana dan tidak tahu apa yang akan berlaku sehari dua ini," katanya. Beliau berkata demikian dihadapan lebih 80'000 hadirin yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pekan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di sini, pagi ini.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula menegaskan tindakan membawa pulang pelajar Malaysia itu akan dilaksanakan melalui kerjasama dua syarikat penerbangan tempatan iaitu Malaysia Airlines Bhd. MAS) dan Air Asia Bhd (Air Asia) serta Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Beliau memberitahu, penggunaan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut dipertimbangkan sebagai alternatif sekiranya lapangan terbang di Mesir ditutup.

"Pengalaman membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir semasa Ops Piramid 1 dahulu banyak memberi pengajaran kepada kita.

"Kita menjangka tempoh yang diperlukan untuk proses evakuasi adalah tiga hari," katanya.


p/s: Bila rasanya tajuk diatas tu akan jadi realiti ye..? Kikikiki...

2 ulasan :

  1. Kalau pr memerintah mungkin la kot...tapi kena la minta izin dap dan pkr dahulu ya...hehehehhe

    BalasPadam
  2. Bawa balik naik Unta atau Roket Dapig ke?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online