Sebelum ini Pegawai Khas Kementerian tersebut telah membawa artis berkenaan bersama rombongan untuk "meninjau" wilayah tersebut yang memang terkenal dikalangan pelancong Malaysia.
Dengan perlantikan Nora Danish sebagai Duta Kecil di Dannok, ia mungkin dapat menyemarakkan lagi industri perlancongan serta membantu Nazri Aziz untuk melaksanakan KPI nya sebagai Menteri Perlancongan.
Jika perlantikan Nedim sebagai Pegawai Khas di Kementerian Perlancongan tak boleh dipertikaikan oleh sesiapa kerana ia HAK MUTLAK Nazri Aziz, perlantikan Nora sebagai Duta Kecil Dannok juga tak akan dipersoalkan kerana ia dipilih oleh anak Nazri sendiri selaku Pegawai Khas.
Malah, rakyat tak perlu risau kerana kemungkinan gaji artis berkenaan sebagai Duta kecil di Dannok itu nanti tak akan ditanggung oleh kerajaan. Ia sebaliknya akan dibayar oleh anak Nazri dari poketnya sendiri. ~ MPP News
Aku harap Ah Gib Gor boleh belajaq dari MB Kedah mengenai isu lantikan kauam kerabat didalam post kementerian.....
BalasPadamHanco yop....kasi humban ini ornang...terajang dia cukup2
BalasPadam