BREAKING NEWS

KALAU TAK BOHONG.., BUKAN ANWAR LAH NAMANYA... - ZAHID HAMIDI


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan menjadi broker kerajaan perpaduan antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Kenyataan Menteri Dalam Negeri itu hadir selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut membuat kenyataan sama menafikan khabar angin tentang perkara tersebut, serta menyifatkan ianya sebagai satu spekulasi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak pembangkang.

"Tak adalah, jangan membuat spekulasi lah."Kalau berita itu datang daripada Perdana Menteri kita boleh tulis," kata Ahmad Zahid apabila disoal The Malaysian Insider tentang perkara tersebut dalam satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Najib semalam berkata dakwaan berkenaan hanyalah “daya imaginasi” kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan antara BN dan PR.

Katanya, perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat masih tidak menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan menerimanya.

“Satu-satunya perjanjian politik yang ada ialah usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihan raya.

“Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui namun Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13,” kata Najib dalam satu kenyataan diedarkan oleh Pejabat Perdana Menteri semalam.

Perdana menteri menjelaskan pengesahan Anwar berhubung kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan” kepentingan politik pihak pembangkang.

Asia Sentinel melaporkan pada Isnin Anwar mendedahkan Najib telah menghubunginya untuk mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan PKR.

4 ulasan :

  1. Najib n zahid tunggu apa lg saman anwar kerana fitnah hampa fitnah bn apa macam

    BalasPadam
  2. Tak payah lah nak saman2, kalau anwar dah tak siuman tak kan kita nak ikut tak siuman juga

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online