BREAKING NEWS

TERKINI!!!! NAMEWEE AKAN BUAT IKLAN RAYA AIDILFITRI UNTUK AH JIB GOR??


Hari ni PERKASAM 1 Malaysia mendesak supaya anak cina yang bernama Namewee dilucutkan kerakyatan..

Timbalan Presiden PERKASAM 1 Malaysia kata Namewee biadap dan kurang ajar sebab kritik kerajaan melalui videonya yang dimuatkan didalam Laman Youtube..

Kali ni gua sokong saranan PERKASAM 1 Malaysia terhadap budak cinabeng tu walaupun tak ada kena mengena dengan sebab gua suka makan ikan pekasam setiap kali waktu berbuka puasa..

Tapi gua musykil satu je beb.., boleh ke PERKASAM 1 Malaysia tu konsisten dengan pendirian dorang? Setakat desak kerajaan je mana cukup.. Taknak buat demo ke? Taknak buat Flashmob ke?

Sekurang-kurangnya buat la Tarian Punggung didepan rumah Namewee macam yang pernah Ali Tinju buat didepan rumah Ambiga dulu..

Cuma satu je gua nak pesan.., kalau nak buat tarian punggung tu janganlah letak Pak Berahim Ali dan Zul Kulim di saf depan.. Huduh bebenor nanti ropanya yop..

Dan satu lagi.., macam mana pulak kalau Namewee tampil memohon maaf diatas kekhilafannya yang terlanjur kritik kerajaan melalui video tu? Gua rasa Ah Jib Gor confirm akan maafkan Namewee demi semangat 1 Malaysia..

Nak heran apa beb.., kalau Nazri Aziz yang kononnya garang sangat tu pun lembik tengkok depan Namewee didalam Parlimen.., inikan pulak Ah Jib Gor yang dikatakan sebagai "Bapa 1 Malaysia"..

Silap-silap.., Namewee dapat tender untuk arahkan iklan raya Aidilfitri untuk tunjukkan dia dah insaf dan mampu berubah menjadi insan berguna..

Dan korang jangan heran kalau dalam iklan tu Ah Jib Gor dan Kak Mah main bunga api didepan Seri Perdana bersama Chua Soi Lek dan G Palanivel..

Kita kan 1 Malaysia... Hahahahahaha...


NGO pendesak Melayu PERKASA mendesak kerajaan menarik kerakyatan pembikin filem Namewee yang didakwa "biadap dan kurang ajar" susulan penerbitan posting blog videonya di Youtube yang mengkritik kerajaan.

Ia sebagai reaksi kepada tindakan kerajaan yang mengarahkan supaya dikaji semula kelulusan filem The New Village.

Timbalan presidennya Datuk Abdul Rahman Bakar mendakwa pembikin filem itu dianggap "sudah melampau batas" kerana terus mengulangi "kenyataan biadap" sekalipun kemaafan diberikan atas tindakan beliau sebelum ini.

"Kita mendesak kerajaan dan pihak berwajib tidak lagi berlembut dengan tingkah laku Namewee. Banyak kemaafan (diberikan).

"Kami minta kerajaan benar-benar melaksanakan tindakan sewajarnya supaya keharmonian dapat berkekalan.

"Namewee sudah melampau, melebihi batas yang sepatutnya...(Kita desak) warga negara dia pun ditarik balik," katanya.

Bercakap dalam sidang medianya petang ini, Abdul Rahman turut memuji tindakan Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz yang mengecam Namewee susulan penerbitan posting blog video itu.

"Sedangkan beliaulah yang menyambut di parlimen dahulu, tapi dia (Namewee) tidak menghargainya," katanya.

2 ulasan :

  1. Sy setuju sesangat, jgn biar kan cacing naek ke mata. Sokong , kalo sorang dh mula mgkin ramai lg yg akan buat bende yg sama. Harap beri perhatian jgn leka dn terlalu berlembut. Ambil tndakan supaya jd pengajaran pd yg laen.

    BalasPadam
  2. elok lantik mamat cina ni sebagai penasihat media Ah Jib Gor

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online