BREAKING NEWS

CERAI GUNA SMS.., AIDIL TERBUKTI PENGECUT.


Artis dan juga pelakon, Rita Rudaini menerima kejutan terbesar di penghujung Ramadhan apabila Aidil Zafuan bertindak secara drastik menceraikannya talak satu menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) petang Ahad sebelum waktu berbuka puasa.

Kesahihan cerita ini disahkan sendiri oleh Rita Rudaini yang mengaku ada menerima kiriman SMS daripada Aidil Zafuan petang semalam selepas berlaku perang SMS antara mereka.

Pelakon drama bersiri Sehangat Asmara itu turut mendedahkan, salah satu kandungan SMS yang diterima dari suaminya adalah berbunyi “Aku ceraikan kau talak satu”.

Rita ketika dihubungi pihak media menyatakan rasa terkilannya terhadap tindakan Aidil kerana tidak berani bersemuka untuk melafazkan cerai sebaliknya hanya menggunakan sms.

“Selepas hampir dua tahun kes penceraian kami berdua berlangsung di mahkamah, akhirnya hari ini (semalam) Aidil menceraikan saya dengan talak satu menerusi SMS.”

“Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya.”

“Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah.”

10 ulasan :

  1. ambo pun nak jugok

    BalasPadam
  2. zubir harus bertanggungjawab dalam soal ni, kepoh sangat nak tahu hal rumah tangga orang, puas la hati si zubir wartahan Bharian, menanggung la ko di akhirat kelak.

    BalasPadam
  3. tula nasib kawin dengan anak omak. budak mentah lagi kata orang tak puas galak tiba-tiba dah jadi suami dan ayah...tu yang jadi begitu...majority pasangna arti syang kawin muda atau pada usia muda tak kekal...try research...

    -semut gatal

    BalasPadam
  4. Laki dia ni memang haramjadah......Kalau dah kawin tu jagalah bini tu baik baik ...Jangan nak mengatal diluar sana .Kalau sayangkan mak sangat tak payah kawin .......Fikiran tak matang dah gatal nak kawin .......Pada rita ....ingatlah ini pengajaran bagi kamu .........

    BalasPadam
  5. Rita

    Saya nak beritahu kamu. Kamu tu cantik, ramai orang yang nak kan kamu. Jangan sedih, jantan bukan si Aidil sekor tu saja. Kamu bawa bersabor insyallah akan ada lelaki yang hadir membawa kasih seorang suami kepada kamu. Saya doa yang terbaik untuk kamu.

    Nicky Aizat

    BalasPadam
  6. kebanyakan semuanya cam tu,nak cari abg muda,dia tk sedar yg dia sendiri dh berumur,perbezaan umur jarak melebihi 10-15 tahun,klu lelaki ok la..tambahan pula semuanya org2 glamour,,wanita ni klu dh masuk 40an buatlah camna pun tk kan bolih jadi cam 20/30an luaran saja nampak ok,,dpt pula laki yg glamour,,emm nasib badan lah,,ini semua rahsia allah..kita redha lah.

    BalasPadam
  7. Sbb tu jangan jaja hal rumah tangga kat org ramai. Sebelum terima sms pun kau dah bukak aib dia dlm media. Dahlah...takyah nak hebah cerita pasal masalah keluarga kau....menambah dosa je. Sabar n doa banyak banyak.

    BalasPadam
  8. kawin tak berkat camni la jadi nya

    BalasPadam
  9. no fon rita ada x.hehe

    BalasPadam
  10. hampa jangan lah dok kutuk insan yg terima musibah,ini hal kehidupan dan peribadi,ini kali dia....lain kali x tau sapa pulak....kita tlg doakan utk dia dan anak yg baik2.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online