BREAKING NEWS

AIDIL TAK MAHU KOMEN PASA CERAI SMS KERANA HORMAT BULAN RAMADHAN... HAHAHAHAHA...


Masa cerai tak pulak nak ingat hormat bulan Ramadan, tapi bila wartawan mintak komen, tak pulak berani nak komen kononnya sebab nak hormat bulan puasa..

Macam gampang je Aidil ni punya alasan kann.. Apa kena mengena jelaskan pasal cerai sms tu dengan menjaga kehormatan bulan Ramadan beb? Kalau Aidil bagi komen pasal cerai tu, boleh terbatal puasa ke?

Pada pandangan gua.., Aidil bertindak agak zalim ceraikan bini dia time-time macam ni memandangkan kita semua lagi 2-3 hari je nak sambut Raya.. Kalau dah tak boleh tahan nak bercerai sangat, lepas raya tak boleh ke Aidil oii??

Apapun, benda dah jadi kann.. Gua harap Rita tabah hadapi semua dugaan ni dan dapat menyambut hari raya dengan sempurna sepertii orang lain.. InsyaAllah lepas ni akan ada jodoh lain untuk Rita..

Kalau Ostazah Ebbi pun boleh dapat laki muda.., takkan Rita tak boleh kannn... Peace!!

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, kemuncak pergaduhan pasangan ini adalah disebabkan oleh tindakan Rita Rudaini meluahkan perasaan bengangnya terhadap Aidil Zafuan menerusi SMS.

Aidil yang diminta wartawan untuk memberikan respon berhubung kontroversi ini enggan memberikan sebarang komen kerana mahu menghormati Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.

Aidil turut meminta supaya semua pihak menunggu perbicaraan kesnya di mahkamah sebelum dapat menjawab isu lafaz cerai terhadap isterinya semalam.

“Saya tidak akan kata ya atau tidak sekarang ini. Tunggu saja di mahkamah nanti.”

“Lagi pun, dia (Rita Rudaini) adalah ibu kepada anak-anak saya. Jika ada apa-apa yang berlaku antara kami, lebih elok jika ianya diselesaikan di mahkamah nanti.”

2 ulasan :

  1. sekarang ni tengah glamer la keran amasih boleh main bola...tapi tunggulah 2 tahun lagi...dah pancit nanti tak dak sapa pun ndak. pemain bola sepak malaysia ni tak pernah ada yang pergi jauh..kalau palin gjauh pun tak tahan lama dok ingat kat awek..lepas tu jatuh hilang tak ada nama lagi...perkara yang sama akan berlaku pada bekas laki rita.

    BalasPadam
  2. Kesian manusia jahil ni. Kalau hormat Ramadhan jangan lah bercerai dlm bulan
    Bongok betul!!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online