BREAKING NEWS

TERKINI!!!! KETUA GENG 04 TELAH DIKENALPASTI.


Hasil dari usaha pelbagai pihak termasuklah admin-admin Page Analisis Politik Terkini di laman Fesbuk, individu yang disyaki sebagai Ketua Geng 04 telah dikenalpasti..

Gua tak tahulah sama ada individu dalam gambar tu betul-betul dari geng 04 yang samseng lagi ganas tu.., ataupun geng 04 parti tupperware di kawasan pendalaman estet di Penang..

Yang pasti, gaya bersahaja lagi selamba individu diatas bergambar pastinya menimbulkan rasa gerun serta menggigil bagi sesiapa saja yang melihat beliau..

Jika benarlah beliau individu yang dimaksudkan, memang tak syak lagi kerana kasut serta spek mata besarnya itu sahaja sudah mampu membuktikan kewibawaan beliau sebagai ketua kumpulan..

Sementara itu.., Polis Kedah sedang mengenal pasti saki baki anggota kumpulan kongsi gelap 04 yang bergiat aktif di negeri ini, kata Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim.

Beliau berkata, menerusi Ops Cantas sejak 18 Ogos lepas, pihaknya telah menahan 58 orang yang disyaki terlibat dalam kongsi gelap dan daripada jumlah itu terdapat mereka yang terlibat dalam kumpulan 04.

Ahmad berkata, pihaknya akan meneruskan operasi itu di beberapa kawasan tumpuan kumpulan terbabit seperti Baling, Sungai Petani dan Kulim secara berterusan tanpa henti.

"Setakat ini polis telah buat pemeriksaan terhadap 335 orang dan 356 kenderaan.

"Sepanjang operasi itu kami buat pemeriksaan dengan teliti untuk mencari dan menahan ahli kongsi gelap ini serta telah membuka kertas siasatan terhadap 58 ahli kongsi gelap dan penjenayah yang melakukan kesalahan," katanya kepada pemberita pada operasi polis di sini awal pagi tadi.

Ahmad berkata, kebanyakan mereka yang ditahan mempunyai lebih tiga rekod pelbagai jenis jenayah.


p/s: Semalam gua pun terserempak dengan anggota-anggota Polis yang buat pemeriksaan di kawasan Lunas Kulim.. Nasib baik dorang tak tuduh gua geng 04.. Gua cuma geng yang berangan nak berbini 4 je beb... Kikikiki....

2 ulasan :

  1. Waduh! Kalau ini rupanya, hantu jembalang pun boleh cabut lari.

    BalasPadam
  2. Gambar kuag belog saheh tak motong getah 3 hari....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online