BREAKING NEWS

SIAPA BUNUH ALTANTUYA??? SIAPA LIWAT SAIFUL BUKHARI???


Bila mahkamah Malaysia membebaskan dua pegawai polis unit tindakan khas berhubung kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu, gua yakin mesti puak-puak Pakatan akan pertikaikan keputusan tersebut demi kepentingan politik gampang dorang.

Gua yakin puak-puak Pakatan termasuk pemimpin dorang akan kata Mahakamah tak telus dan Hakim Mahkamah dah dibayar oleh Najib untuk membebaskan kedua-dua suspek tersebut.

Walhal, pembebasan Koperal Sirul Azhar dan Inspektor Azilah Hadri dibuat berdasarkan faktor teknikal. Sama macam kes pembebasan Anwar Ibrahim akibat dari dakwaan meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Jadi.., kalau puak-puak Pakatan boleh menerima keputusan Mahkamah untuk membebaskan Anwar yang dituduh meliwat Saiful Bukhari Azlan.., kenapa macai-macai tu nak meroyan pulak bila Mahkamah yang sama membuat keputusan untuk bebaskan Sirul dan Azilah?

Kalau nak bantah sangat keputusan Mahkamah dan tuduh Mahkamah tak telus, apa kata puak-puak khawarijj Pakatan semua menolak juga keputusan Hakim membebaskan Anwar diatas sebab teknikal dulu..

Soal siapa bunuh Altantuya, itu kita biar pihak berkuasa yang siasat.., apa yang nak kalut sangat kannn.. Saiful pun tak kalut bila peliwat dia terlepas dan dia dibiar tanpa pembelaan..

Dan kalau macai semua tak sabar sangat nak tunggu siasatan, apa kata korang semua pi jumpa bomoh siam untuk tengok dalam geluk jampi.. Confirm nampak sapa bunuh Altantuya tu..

Tapi bila pi jumpa bomoh siam tu, jangan lupa tengok sekali sapa yang sebenarnya liwat Saiful Bukhari yee.. Dan jangan pulak terkejut kalau memang muka Anwar yang keluar...

Bak kata Nujum Pak Belalang.., sapa yang tak percaya dengan geluk jampi.., pendek umurrrrr... Hahahahaha..


Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan seorang pegawai dan anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) daripada hukuman gantung sampai mati dan membatalkan sabitan kes bunuh terhadap mereka. Mahkamah Rayuan telah menerima rayuan yang difailkan oleh Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri serta membebaskan kedua-duanya.

Pada 10 Jun, Mahkamah Rayuan membenarkan Sirul Azhar untuk memasukkan dua alasan baru termasuklah bantahan dalam usahanya untuk mengisytiharkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah adalah perbicaraan silap.

Sirul Azhar dan Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati pada tahun 2008 kerana membunuh Altantuya, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara pukul 10:00 malam 19 Oktober dan 1:00 pagi 20 Oktober 2006.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online