BREAKING NEWS

HOT!!!! HANYA ORANG JAHAT DUDUK DALAM UMNO!!!


Changkat Jering - Didalam satu tazkirah maghrib di Kampung Berchat, Bukit Gantang Perak semalam, seorang pemimpin Pas dengan lantang menyatakan jika hendak menjadi baik, mestilah masuk Pas.

Idris Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata demikian didepan kira-kira 50 orang yang datang untuk menunaikan solat tarawih di Masjid kawasan tersebut.

Menurut Idris, orang yang masuk Pas merupakan orang baik-baik. Manakala bagi orang jahat yang masuk kedalam parti Pas, ia takkan bertahan lama dan akhirnya akan meninggalkan Pas.

Idris juga menyifatkan orang-orang yang jahat banyak duduk didalam parti lagi satu (UMNO). ~ MPP News


3 ulasan :

  1. Hehehe baik la sangat si mat sabu tu..bersih la sangat si mr bean @mahfuih tu..

    BalasPadam
  2. Inilah ulama akhir zaman yang menjadi pemecah belah masyarakat, kopiah dan serban atas kepala 24 jam, jubah ke hulu ke hilir, tapi mengajar kesesatan kepada masyarakat, kerana kuasa dan undi sanggup mengajarkan kesesatan kepada masyarakat.

    Kepada golongan yang kononnya ustaz dan ulama macam Idris Ahmad ini, penyamun lebih baik berbanding kamu kerana penyamun dia tak menyesatkan masyarakat, dia mencuri itu memang salah, tapi dia tak sesatkan orang lain.

    Oleh itu, para tok guru dan alim ulama PAS yang menjadi pemecah belah masyarakat selama ini, sedarlah bahawa taraf anda lebih teruk dari penyamun, oleh itu, sedarlah diri, kerana jangan ingat kamu belajar agama kononnya pandai sangat, tapi kalau amalan salah, menyesatkan orang, ada ilmu tinggi gunung everest pun apa gunanya?

    Oleh itu kita kena lihat kepada kebenaran, bukannya sibuk dengan pemikiran jumud macam tok guru dan ustaz PAS selama ini, sibuk ana ente ana ente, tapi kelakuan mengalahkan penyamun, apa cerita?

    Kalau ada puak PAS nak marah dengan saya, lantaklah, saya bercakap benda yang benar, saya tak takut pun, anda nak marah saya, marahlah, tak ada kesan kepada saya kerana kebebalan anda mengikut secara membuta tuli sikap tongong pimpinan yang kononnya ulama hinga merosakkan masyarakat itu sebenarnya yang perlu diubah.

    Saya ingin bertanya kepada para puak PAS, apakah Rasulullah bersikap macam Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu, Mahfuz Omar atau Idris Ahmad ini? Jangan sibuk mengatakan PAS parti Islam, ulama pewaris Nabi sedangkan kelakuan ulama dalam PAS ikut nabi sangat ke? Ada Nabi menghasut dalam ceramah-ceramah supaya menentang pemerintah? Ada Nabi pernah gunakan mimbar khutbah jumaat untuk menanamkan kebencian antara Aus dan Khazraj supaya Muhajirin dapat berkuasa? Ada pernah ke Nabi kata nak meludah orang yang hendak menyatukan dua pihakyang berbalah sebagaimana Nik Aziz yang nak meludah muka orang yang menyatukan UMNO dan PAS sebelum ini?

    Nabi tidak buat sebagaimana para ulama politik PAS buat kerana Nabi mengikut ajaran Islam yang tulen, tapi PAS mempergunakan Islam untuk mengabui masyarakat untuk menyertai mereka supaya mereka berkuasa. Inilah bezanya antara Nabi dan ulama PAS. Oleh itu sedarlah semua.

    Saya bukannya belajar tinggi agama macam Nik Aziz atau Hadi Awang, tapi saya tau juga hukum hakam dan halal haram sesuatu perkara. Sekian, terima kasih.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. En mad satukan lah melayu dgn nasionalis kamu dan jaga lah bahasa melayu tanah rizab melayu baju melayu bangsa melayu keretapi tanah melayu dengan nasionalis melayu kamu

      Padam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online