Dan akibat dari tidak berganjak dengan keputusan untuk bertanding bagi parti Pas, Azlan merelakan projek ratusan juta ringgit tersebut ditarik balik.
“Saya tetap tidak berganjak dengan perjuangan Islam dan bagi saya akhirat itu lebih baik,” katanya dalam satu temubual bersama lidah rasmi Pas.
Azlan juga dengan bangganya turut mendakwa beliau pernah membelanjakan wang RM200'000 untuk membawa lebih 40 orang ke Makkah menunaikan ibadah haji.
“Dan hampir setiap tahun jika ada duit lebih lagi saya hantar orang ke Makkah, yang nampak ada perubahan dan hendak kembali kepada Islam sebenar,” tambah beliau lagi.
Calon Pas tersebut juga menyifatkan penduduk di Kuala Besut masih ramai yang daif dan berada di bawah paras kemiskinan dan kehidupan mereka agak susah kerana ada yang bekerja sebagai nelayan.
Bagaimanapun, dia tidak menafikan kerajaan BN memberikan bantuan tetapi kadang kala berlaku `pilih bulu’ yang menyebabkan terdapat orang yang memerlukan bantuan dinafikan.
Katanya, ini menyediahkan dan tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan yang memerintah ikut garis panduan Islam. Menurut Azlan, rakyat sepatutnya pelu dibantu secara adil dan saksama tanpa mengira fahaman politik.
“PAS nak bantu pun setakat mana sangat,sebab PAS bukan kerajaan lagi,” tambah beliau lagi.
Calon Pas itu juga mendakwa BN mengumpan rakyat dengan duit RM200 atau RM300 menyebabkan anak-anak muda yang mendapat wang itu segan datang kepada PAS.
Katanya, BN jadikan duit sebagai senjata untuk `ikat rakyat’ dan pengundi supaya memilih calom BN.
Rakyat, katanya rakyat yang mendapat duit seperti termakan budi dengan sumpah janji untuk memangkah BN .
Itu cara Umno berpolitik sebab mereka kaya dan banyak duit, kata beliau lagi. ~ MPP News
TG pun pilih kasih masa pembahagian hakmilik tanah dulu. Perjuangan Islam apa?
BalasPadam