BREAKING NEWS

NAJIB..., TOLONG LANTIK GUA JADI MENTERI KPDNKK @NajibRazak


Gua sedar.., setiap kali tiba musim raya, mesti harga ayam naik melambung.. Dan seperti biasa.., rakyat mesti bising suruh Pak Menteri yang jaga hal ehwal pengguna buat sesuatu..

Dan macam biasa jugak.., Pak Menteri terbabit akan bagi jawapan yang memang macam gampang serta mampu menaikkan darah rakyat jelata..

Ada ke patut Pak Menteri jawab kalau ayam naik harga, rakyat jangan makan ayam.. Sama jugak dengan bila gula naik harga.., dorang suruh kurangkan makan gula..

Macam mana pulak kalau cukai naik harga.., boleh ke rakyat semua pakat boikot jangan bayar cukai? Atau pun kalau harga ubat-ubatan naik harga.., takkan Pak Menteri nak suruh rakyat masuk hutan cari akar kayu bagi ganti ubat?

Patutnya Pak Menteri kena fikir macam mana nak tambahkan bilangan penguatkuasa didalam negara bagi memantau harga barangan kawalan sewaktu musim raya.. Baru lah peniaga yang nak cepat kaya tak berani ambik kesempatan..

Dan secara tak langsung, kerajaan akan dapat extra income akibat dari kompaun yang dikutip dari peniaga yang naikkan harga sewenang-wenangnya demi mengejar dunia..

Tapi kalau macam ni punya statement bangang dari seorang yang dilantik sebagai Menteri KPDNKK, gua rasa Najib boleh la pertimbangkan untuk pecat saja dia dan lantik gua sebagai ganti..

Walaupun gua tak belajar tinggi, tapi sekurang-kurangnya gua lagi hensem dari Hasan Malek tu beb.. Hahahahaha....




KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.

"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.

"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.

"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.

Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.

"Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.

4 ulasan :

  1. Kamu tidak sedar harga ayam naik kerana kos penternak naik. Makanan dan mtce dsb. Dan punca utama ialah minyak dan tol naik tak turun2.

    Hasil pemerintahan BN yang corrupt

    BalasPadam
  2. PAK MANTORI OOOI,REGA DAGING SEKILO LEBIH MAHAL DARI REGA SEKILO AYAM DAN REGA SEKILO IKAN KEMBONG/TERMENONG LEBIH MAHAL DARI REGA SEKILO AYAM.IKAN SELAYANG PUN DAH 10 HENGGET SEKILO.

    BalasPadam
  3. bodo la semua....duit tak ada nak beli benda mahal...apa la...aku senang harga ayam naik ke turun ke mahal ke murah ke..aku tak de hal aku boleh beli aku ada duit...penyelesaian yang mudah rasa mahal jangan beli,murah kalau nak beli beli...apa la...itulah niat hati busuk nak komen dan kutuk aje

    BalasPadam
  4. Kenapa naik masa bulan ramadan dan perayaan org islam sahaja? Takkan kos naik bila melibatkan kepentingan org islam esp melayu?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online