Dulu gua ada dengar khabar angin pasal ni sebaik saja Najib dapat mengekalkan kerajaan BN selepas Pru... Gua ingat benda ni cuma cakap-cakap kedai kopi je beb.., rupanya benar-benar kejadian.
Tak sangka pulak Najib boleh offer Anwar jadi TPM dan empat orang kanan PKR ditawarkan jawatan Menteri.. Yang gua tahu.., Anwar di offer untuk jawatan TPM 2 selepas Muhyidin.. Pasal tu lah Anwar tak mau terima offer tu beb..
Bagi gua.., kalau Anwar dilantik jadi TPM pun ok jugak.. Gua nak tengok macam mana muka puak-puak Pakatan tu semua bila Anwar jilat balik ludah dia didalam Umno dulu..
Gua rasa.., lepas tu baru puak-puak Pakatan akan percaya kisah liwat Anwar beb.. Dan semestinya time tu dorang akan percaya seratus-peratus lelaki dalam video seks dengan Chinadoll dulu tu adalah Anwar Ibrahim..
Bukan setakat tu je beb..., siap dengan fatwa dari Nik Ajis lagi tau untuk mengharamkan sembahyang Anwar... Tak percaya??? Korang tunggu lah nanti... Hahahahahaha..
PETALING JAYA - Walaupun menganjurkan himpunan membantah keputusan PRU13 di seluruh pelusuk negara, yang dilihat sebagai usaha untuk mengembalikan 'hak yang dirampas', Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ia bukan kerana sebuah kekuasaan.
Anwar bahkan menolak sama sekali untuk diberi sebarang jawatan dalam kerajaan, seperti yang didakwa telah ditawarkan kepadanya bulan lalu.
"Kalau ada pun kita tolak, kita tidak bersedia untuk bekerjasama dengan Umno-BN.
"Saya tidak pandang serius (tawaran), saya sedia berunding dengan sesiapa saja, soal prinsip dan dasar saya akan pertahankan suara rakyat," tegasnya.
Anwar berkata demikian mengulas laporan bahawa beliau telah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri dan empat pemimpin dalam partinya jawatan menteri Kabinet.
Tawaran itu difahamkan datangnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu Anwar ke Indonesia untuk bertemu Susilo Bambang Yudhoyono pada 14 dan 15 Jun lalu. - Sinar Harian</b>
Catat Ulasan