BREAKING NEWS

ARTIKEL KHAS BUAT SELURUH WARGA POLIS DAN PASUKAN KESELAMATAN NEGARA.


Gua dari kecik memang suka tengok Polis.., terutamanya uniform dorang yang bagi gua memang segak dipandang mata.. Dan sampai sekarang, gua memang respek pada Polis walaupun gua selalu jugak kena saman..

Bagi gua, anggota Polis dan juga seluruh anggota pasukan keselamatan terpaksa sentiasa membahayakan diri dorang sendiri bagi memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia.

Cuba korang bayangkan.., daripada kes kena rompak atau samun.., sampailah kes jiran sebelah bising tengah-tengah malam.., Polis jugak yang kita cari.. Tak kiralah korang walak pada parti mana sekalipun, Polis dan pasukan keselamatan lainnya memang akan korang utamakan bila dalam kesusahan..

Gua terfikir.., kenapa seorang mamat Pas yang memang taksub gila pada Nik Aziz tak panggil wali Pas tu datang bila rumah dia dimasuki pencuri? Dan kenapa pulak penyokong kuat Anwar tak telefon Peliwat nombor satu negara tu kalau anak dia tak balik ke rumah dek kerana ikut lelaki Lombok?

Tu belum kira lagi penyokong kuat Lim Guan Eng yang terpaksa panggil Polis pasal kereta dia hilang didepan rumah.. Heran ye.., kenapa tak suruh Guan Eng je settle kan kes kecurian tu memandangkan dorang dah anggap Guan Eng tu macam Tokong.

Dan pada penyokong Najib dan Rosmah.., memang patut la dorang mintak bantuan Polis kalau ada kesusahan sebab Polis kan berkhidmat dengan kerajaan.. Adil lah tu bila penyokong kerajaan mintak bantuan dari kakitangan kerajaan kann..

So.., memang besar jasa pasukan keselamatan kita ni beb.. Ni dah nak dekat raya Aidilfitri.., gua dengar 90 peratus anggota keselamatan termasuklah Polis, Tentera, Bomba dan sebagainya dibekukan cuti dorang..

Ishhh..., sedih tau bila pagi-pagi raya tak dapat nak beraya bersama keluarga tersayang.. Apatah lagi bila dengar pulak takbir raya dan jugak lagu Sudirman.. Meleleh jugak airmata jantan beb..

Jadi..., kita sebenarnya kena hargai jasa-jasa para anggota keselamatan ni semua.. Tak kiralah kalau ada segelintir perangai Polis yang kita benci atau meluat.., tu bukan mewakili semua anggota keseluruhannya..

Korang kena ingat.., tak adil kalau kita anggap semua Polis dan pasukan keselamatan tu jahat hanya kerana ada sebilangan kecik dari dorang yang terlibat dalam kes-kes yang tak elok..

Ye lah kann.., dalam family kita sendiri pun bukan semuanya molek-molek belaka sifatnya.. Jadi takkanlah kita nak gelarkan family kita jahat hanya sebab ada sorang yang berperangai kurang baik kannnn...

Apapun.., gua dengan ikhlas hati menyeru kepada pembaca blog gua ni supaya menghargai sumbangan Polis dan pasukan keselamatan kita yang bergadai nyawa demi ketenteraman serta kemakmuran rakyat Malaysia.

Kita kena sedar beb.., kita tak mampu hidup aman macam sekarang tanpa sumbangan penat lelah setiap anggota keselamatan didalam negara. Itu hakikat sebenar yang ada walaupun sering orang lupa.


p/s: Artikel ni tak disponsor oleh sesapa termasuklah FBI, CIA, MOSSAD, MIB, Taliban, Bridged Al-Qassam ataupun Musa Hasan sekalipun ye.. Zahid Hamidi pun tak upah gua tulis ni walaupun dia dah jadi Menteri KDN yang baru... Harap maklum.

4 ulasan :

  1. Selamat menyambut hari raya kepada keasemua anggota keselamatan negara. Semoga dapat menjalankan tugas dengan berdidikasi dan jangan mudah mengalah walaupun dicaci atau remahkan oleh masyarakat yang tak tau bersyukur dan ambik tahu pengorbanan orang lain.

    BalasPadam
  2. Bangang tul macai ni, adakan k.mentri nak buat keje polis. Hal jenayah polis lah yg punya bidang kuasa tak kan ketua menteri atau guru, betul2 bahlul dan bangang macai yg sorang ni. Kaw tak pegi sekolah ke, atau sekolah takat PMR je. Pandai pulak guna fb ye. Bahlul!!

    BalasPadam
  3. @Tanpa Nama

    Aku terfikir sejenak, kau ni puasa ke tidak agaknya. Bahasa langsung tak menggambarkan akhlak seorang muslim. Innalillah.

    BalasPadam
  4. Tanpa nama 9.58...hang lagi bodoh kan puak2 pakatan haram tu kata polis tu anjing so apa2 terjadi kat puak2 hang tu janganle ngadu kat anjing ngadu le kat unit amal pas tuu.......

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online