BREAKING NEWS

AH BENG BAGI PAHALA PADA UMAT ISLAM..., TAHNIAH PAS!!


Orang bukan Islam boleh makan di hadapan orang Islam malah orang Islam akan beroleh ganjaran pahala jika ada orang bukan Islam makan di hadapan mereka.

Itu reaksi tegas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung kejadian sebuah Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh di sini yang didakwa menempatkan tempat makan untuk pelajar bukan Islam dalam tandas sekolah.

Beliau mendakwa agama Islam pasti tidak membenarkan tindakan sekolah tersebut meletakkan pelajar bukan Islam sekolah itu di bilik air untuk makan pada waktu rehat semasa bulan puasa kerana ia tidak berperikemanusiaan.

“Ramai yang marah dengan tindakan memalukan terhadap pelajar bukan Islam ini dengan menggunakan alasan bulan suci Ramadan.

“Islam tidak membenarkan tindakan sedemikian dan DAP berharap supaya rakyat Malaysia dapat membezakan antara Islam yang mulia dan aman berbanding mereka yang merosakkan nama baik Islam dengan memberi layanan yang begitu menghina tersebut,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Guan Eng memuji sikap rakyat Malaysia termasuk yang beragama Islam kerana mengutuk dan mengeji tindakan menjijikkan pengurusan sekolah tersebut.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia menentang tindakan provokatif dan layanan diskriminasi ke atas pelajar bukan Islam di sekolah berkenaan.

Katanya, rakyat Malaysia perlu menentang budaya perkauman dan kebencian dengan memperkukuhkan pendirian bahawa meskipun berbeza agama dan bangsa.

Media sebelum ini melaporkan tentang beberapa gambar yang tersebar meluas di laman sosial yang memaparkan sebilangan murid bukan beragama Islam makan di sebuah bilik menyerupai bilik air dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Nor bagaimanapun hari ini menjelaskan bilik itu bukan tandas seperti didakwa kerana ia sebuah bilik persalinan yang belum pernah digunakan kerana baru dibina.

Ia hanya mula digunakan sebagai tempat makan sejak bulan Mac lalu oleh semua pelajar dan tidak hanya pelajar bukan Islam kerana kantin sekolah itu tidak dapat menampung bilangan pelajar yang terlalu ramai. – mynewshub.my

9 ulasan :

  1. Khalifah sesat cuba menghasut rakyat supaya membenci melayu serta kerajaan.

    BalasPadam
  2. Lebai Eng ni juga perlu disaman RM100juta keana fitnah dan mengaibkan nama baik Guru Besar ini. Jangan lepas peluang ini, ikut teladan Teresa Kok RM100juta!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...saman 1, 000 juta...peduli apa...mahkamah kena dengar kes ni...syiok abis...

      Padam
    2. Guru melayu tipikal macham tu...tak tau nak exploit situasi. Banyak duit tu tuan puan...jumpa dato shafee abdullah...

      Guru besar tu tak jumpa ayat : innallaha yarzukuman'yasha ubighairrihisab...

      Tu yang Allah swt buka rezki untok Guru Besar tu...pertama dapat duit. Kedua kekal maruah...ambil dua2..Duit tu hak orang Islam boleh dijarahkan Inshaallah...

      Saman je ...boleh la kita tengok monyet menari....

      Padam
  3. Saman je pembawa fitnah yang nak publisiti murahan. Renovation dah 3bulan. Xde kaitan dengan bulan puasa.

    BalasPadam
  4. Kes macam ni pun arahkan guru besar bercuti? kah kah kah

    BalasPadam
  5. Orang Islam yang melalui deretan babi gantung di jalan-jalan Georgetown pasti mendapat pahala bila bersabar.

    BalasPadam
  6. setuju saman dia 100juta. kalau utusan yg buat kenyataan tu dorang akan saman utusan..

    BalasPadam
  7. Cakap apa pun, buat apa pun orang pas tak akan marah sebab dah terhutang budi dgn pak imam lge ni sebab Dap dah bagi banyak duit kat sekolah agama.....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online