BREAKING NEWS

TAHNIAH!!! ALVIN DAN VIVIAN SUDAH DIBEBASKAN DARI PENJARA!!!


Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan pasangan blogger, Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee May Ling yang didakwa memuat naik gambar serta komen yang menghina Islam, diikat jamin sementara menunggu perbiacaraan.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin menetapkan pasangan itu masing-masing diikat jaminan RM30,000 setiap seorang dengan dua penjamin.

Mahkamah turut mengenakan beberapa syarat kepada kedua tertuduh iaitu mereka dilarang mengulangi memuat naik gambar dan komen menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Mereka dikehendaki menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang menggunakan peranti komunikasi rangkaian yang boleh diakses kepada internet untuk memuat naik gambar dan komen sama.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.


p/s: Tahniah la pada Hakim yang bebaskan pasangan porno tu dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.. 

Setahu gua, sebelum ni Mahkamah kata kesalahan Alvin dan Vivian tu tak boleh diikat jamin.., tapi hari ni dah jadi boleh pulak.. Ajaib sungguh!!!

2 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online