BREAKING NEWS

3 MAHASEWEL MENGAMUK DEPAN KEDIAMAN PERDANA MENTERI.


Polis menahan tiga mahasiswa berusia 20-an di depan kediaman rasmi Perdana Menteri di sini lewat petang kelmarin selepas didapati sengaja menimbulkan masalah dan mengganggu ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintenden Mak Pak Chuai berkata mahasiswa berkenaan, yang mengetuai kira-kira 100 pelajar lain, cuba menghantar memorandum berhubung isu pendidikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Mereka semua datang kira-kira jam 6 petang, kononnya untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai isu pendidikan. Kita beri peluang mahasiswa terbabit berucap selama 10 minit tanpa menggunakan mikrofon, tetapi mereka berdegil dan tetap meneruskan ucapan menggunakan mikrofon.

“Suasana itu mengganggu ketenteraman awam menyebabkan kita terpaksa mengambil tindakan menahan tiga mahasiswa berkenaan kira-kira sejam kemudian bagi tujuan soal siasat,” katanya sambil menambah kumpulan pelajar itu bersurai pada kira-kira 7.30 malam selepas diarah polis.

Beliau berkata kumpulan itu juga melaung pelbagai tuntutan, termasuk penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma di depan kediaman rasmi Perdana Menteri.

Kesal dengan kejadian itu, Mak berkata ia tidak seharusnya berlaku terutama pada cuti hujung minggu kerana semua memorandum boleh dihantar terus ke pejabat Perdana Menteri pada hari bekerja.

6 ulasan :

  1. Mahasiswa yg menuntut pendidikan percuma tak ada otak.Negara kaya spt Jepun,Korea Selatan bahkan Spore mana ada pendidikan percuma bila masuk U.Letak otak di lutut.

    BalasPadam
  2. KITA AMAT KESAL DENGAN TINDAK TANDUK PELAJAR2 MELAYU INI....TAHU KAH MEREKA YANG WANG DAN SEGALA KEMUDAHAN YG MEREKA NIKMATI ADALAH WANG PEMBAYAR PEMBAYAR CUKAI SEPERTI KITA !

    BalasPadam
  3. Yg bodohnya si mahasewel sume tu. Yg brjanji tu bkn PM tp si gaytua aljuburi assyirik serta pmimpin pakatan syaitan jd pegi la mnyalak kt negeri yg dtadbir oleh parti idola kau. Masuk u pn atas prjuangan umno dn kalau diikutkn merit brlambak geng2 kau xdpt cium bau jamban universiti skli pn. Bonggoknya macai2 PR..

    BalasPadam
  4. skrg suma da berani bertindak melampaui batas! harap pihak berkuasa lebih berkeras dgn mngambil tindakan yg lebih keras kpd golongan BANGSAT! PLEASE REVIVE ISA FOR THE SAKE OF THE MAJORITY!!!!!

    BalasPadam
  5. Gambar tu bukan kediaman.. Pejabat Perdana Menteri..

    BalasPadam
  6. Hahaha.. Sepatutnya kt gambar putrajaya tu tulis 'GAMBAR SEKADAR HIASAN
    ' ;-)

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online