BREAKING NEWS

DEDAH!! BUKTI PENGLIBATAN ANWAR DENGAN NUR MISUARI DI LAHAD DATU.


Ramai tak tahu bahawa Nur Misuari memang tak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia yang melantik ketua MILF, Murad Ebrahim menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina mewakili BangsaMoro. Nur Misuari yang merupakan pemimpin MNLF, mahu diberi lebih peranan dan menganggap MNLF lebih besar pengaruhnya dari MILF.

Nur Misuari tidak menunjukkan muka di hari perjanjian tersebut kerana bimbang ditahan oleh tentera Filipina. MNLF sebelum ini terkenal dengan tindakan sering melancarkan serangan terhadap pihak tentera negara berkenaan.

Selain itu, Nur Misuari sendiri telah menganggap bahawa perjanjian itu tidak relevan dan menolak dari berkerjasama dengan MILF untuk masa depan BangsaMoro di Filipina.


Ramai juga yang tak mengetahui bahawa Nur Misuari adalah penyokong kuat kepada Sultan Sulu dan sewaktu proses menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina, Sultan Sulu juga tidak hadir.

Ketidakhadiran Nur Misuari dan juga Sultan Sulu dan penolakan perjanjian damai yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia pada tarikh 15 Oktober 2012 itu dikatakan menjadi punca bermulanya krisis di Lahad Datu Sabah.

Jadi, pertemuan Anwar serta beberapa pemimpin PKR dengan Nur Misuari di Filipina empat bulan lalu, membuktikan ada agenda sulit sedang dirancang untuk merosakkan imej Kerajaan Malaysia dan menggugat kedaulatan negara demi kepentingan politik masing-masing.


Malah pihak perisik Filipina dan juga Laporan dari REUTERS sendiri mengesahkan bahawa terdapat penglibatan pihak pembangkang Malaysia yang diketuai oleh Anwar Ibrahim didalam krisis di Sabah tersebut. (BACA SINI)

Ada maklumat mengatakan, Sultan Sulu tidak mempunyai pasukan askar sendiri. Kumpulan bersenjata yang datang ke Lahad Datu adalah merupakan askar pinjaman dari MNLF bagi melaksanakan niat tersembunyi pihak-pihak tertentu.

Cuba teliti gambar lelaki dibawah ini yang mengepalai kumpulan yang mendakwa mereka merupakan Tentera DiRaja Sultan Sulu di Lahad Datu...



Dan juga gambar lelaki yang berdamping dengan Nur Misuari didalam MNLF sebelum ini.. Adakah ianya pelanduk dua serupa atau lelaki berkenaan adalah orang yang sama?



Ini membuktikan penglibatan pihak tersebut dengan krisis di Lahad Datu sekaligus mengaitkan Anwar Ibrahim serta Pakatan pembangkang berikutan hubungan baiknya dengan Nur Misuari.

Tambahan pula untuk apa Anwar mengadakan perjumpaan dengan pemimpin MNLF tersebut hanya beberapa bulan sebelum krisis bermula jika tiada sebarang agenda yang dibincangkan?

Dan mengapa Anwar beria-ia menafikan perjumpaan tersebut setelah didedahkan oleh media antarabangsa sebelum gambar pertemuannya didedahkan kepada umum?

17 ulasan :

  1. Pengkhinat bangsa, agama dan negara wajib dihapuskan.

    BalasPadam
  2. Apa guna cerita keburukan dan kejahatan Anuar seumpama Dajal sedangkan Kerajaan BN terutama KDN membisu dan terus membisu seribu bahasa tanpa mengambil sebarang tindakan sewajarnya? So pendek cerita buang masa kepada para Bloger Pro BN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengapa tuan sakit hati sesama Islam?...dalam soal ini..umat Islam Wajib bersatu dan berdamai..Pas dan Umno sama2 mahukan Islam..bersatulah berhadapan dengan mereka yg mengancam kedaulatan Negara kita dan kestabilan ummah

      Padam
    2. Setujuuuu...

      Padam
  3. China Doll rupa saya pelanduk dua serupa.99.% saya bukan saya.Ditipu hidup hidup oleh pak sheikh non aljuburi..

    BalasPadam
  4. Kelakar jugak yer , Lau Anwar Kene Tuduh ...

    Berarti Tentra Kerajaan Bekerja sama ngan Anwar yer ..

    Dan Tentra sengaja tak mau menjaga Laut Sabah ..

    Lau cam tu , bangang punya Pembuat Fitnah ..

    BalasPadam
  5. Mr Jundullah Mahdi. Peace be upon you. This is international matter. Please, I beg u guys, atleast read some law. And besides, there's many Sulu ppl in Sabah. I'm sabahan. I thank God government did not do anything stupid. And our hero died bcos of false white flag. Can u guys for God sake, think? U live in Peninsular, u don't know how it is here. U can talk, but u will never understand how we feel over here. 100 yes u can kill 100. Don't forget few thousands that reside in Sabah. We have children. And war or ammo are the last thing we want. I'm sorry Mr Jundullah if my language a bit harsh. I didn't mean to fight.I just want ppl in semenanjung to pray for us.u maybe see it on tv but only God know how we feel.Not blaming the gov all the way and I hope ur not carried away by ur hatred toward government. And lastly, if the government open fire first, what will be the Opposition's tune of music? My best guess will be, Gov still bad. There's no difference

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahummansurilislam..fi Sabah..Allahuakbar...May Allah protect us from fitnatul dajjal

      Padam
  6. Firts of all, thank to you mr no name. God bless you all. Second for all pupils who wrote the blog. Pls pray for our nation and people at sabah. Diaorg dlm keadaan risau. Kita selaku rakyat malaysia. Atau bole dikenali pease on earth. Mari lah kita sama-sama doakan kesejahteraan mereka dan keluarga mereka. Ketiga jgn kita gembar-gemborkan situasi yg kita tak tau. Kerana kita di semenanjung bukan di sabah. Kerana pandangan dan buraian yg tidak berasas akan memburuk kan keharmonian kita sesama manusia. Sebalik nya kita kena teguh dan beri moral support kepada mereka. Kerana mereka adalah rakyat malaysia juga. Tercubit peha kanan peha kiri juga rasa sakit nye. Oleh yg demikian kita hendah lah bersatu. Dont blame any individu or politic. This is regarding humanity and peaceful. Come on let we pray to god all our malaysian people for our brother sabahan being blessing by mighty god. Kepada yg islam, kita doakan saudara kita yg berada di sabah agar dilindungi oleh allah swt.

    BalasPadam
  7. 0rang mati2 perang kat sana hang seb0k perang kat sini wat pa..?

    BalasPadam
  8. anuar al juburi

    BalasPadam
  9. ko ni nak kena juburi ngan anwar baru ko sedar kot

    BalasPadam
  10. biasa la dia org anur kan.

    BalasPadam
  11. sedangkan perisikan filipina sendiri dengan terang mengatakan anwar terlibat dalam komplot pencerobohan , orang sabah pula mati2an mengatakan anwar tdk terlibat!

    sama juga dengan misuari, dulu bukan main menafikan tentera MNLF tdk terlibat, sekarang mengaku itu tenteranya, tapi dlm masa yg sama mengatakan bukan atas atahanya dan tanpa pengetahuanya, laa ..komandernya Malik Habier yang mengetuai,bersama2 dnegan adik sultan sulu, tak kan misuari tak tahu?

    begitu juga dengan anwar, siapa berani mengaku berak tengah jalan? bila ditanya oleh wartawan sejauh mana benarnya dakwaan itu , anwar bukan jawab soalan ...malah mengugut U tanya I saman!

    maknanya? anwar memang terlibat, anwar ada taktik tersendiri meraih undi di sabah, maknanya anwar sanggup buat apa saja demi undi, anwar pembelot dan pengkhianat, harus dihukum bunuh!
    pengawal peribadi anwar 4 orang smeuanya dari filipina, pakar bom ..pakar senjata, pakar tempur jarak dekat, apakah maknanya?bermakna anwar memang mempunyai ramai hubungan dan agen di filipina,

    BalasPadam
  12. 'Ada maklumat mengatakan, Sultan Sulu tidak mempunyai pasukan askar sendiri. Kumpulan bersenjata yang datang ke Lahad Datu adalah merupakan askar pinjaman dari MNLF bagi melaksanakan niat tersembunyi pihak-pihak tertentu. ' -maaf tuan, ini bukan bukti la namanya... ini 'heresay' ..mungkin ke anwar adlh conspirator, tpi x cukup bukti dgn sekadar 'heresay'

    BalasPadam
  13. Kami rakyat sabah merakamkan jutaan terima kasih yg prihatin dan mendoakn kesejahteraan dan keselamatan kami. Semoga Allah saja yg dpt membalas doa dan keprihatinan anda semua....kami jg mahu keamanan mcm rakyat semenanjung...

    BalasPadam
  14. Allah Maha mengetahui perilaku dan kelakuan umat2nya di muka bumi...alangkah elok kita bersama memanjatkn doa utk keamanan negara Malaysia drpd kita membuang masa utk menanam benih permusuhan sesama kita rakyat Malaysia...peace no war

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online