BREAKING NEWS

ANWAR SAMAN PENYEBAR VIDEO LUCAH BERLESEN.


Anwar Ibrahim hari ini bertindak menyaman seorang individu kerana didakwa menyebarkan gambar serta video lucah didalam ruang siber yang dikatakan mirip dirinya. Saman berjumlah RM 100juta tersebut telah difailkan di Mahkamah hari ini.

Menurut N.Surendran yang membuat kenyataan media bagi pihak anak guamnya, beliau memaklumkan bahawa Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah memulakan prosiding undang-undang terhadap satu Wan Muhammad Azri bin Wan Deris yang merupakan pemilik / pengendali laman web berkaitan Umno yang dikenali sebagai "Papa Gomo".

Pada 16 Mac 2013, laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan tidak berasas terhadap Datuk Seri Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka.

Dalam surat permintaan yang dihantar hari ini, peguam Anwar telah menuntut supaya blogger Papa Gomo menarik balik tuduhan berniat jahat, meminta maaf dalam tempoh 48 jam mulai dari hari ini, dan membayar ganti rugi dalam jumlah sebanyak RM 100 juta.

Jumlah gantirugi yang dituntut iti berdasarkan hubungan rapat blogger tersebut dengan beberapa pemimpin kerajaan serta Agensi dan juga sokongan jelas UMNO terhadapnya.

Anwar sebelum ini menafikan beliau adalah individu yang dimaksudkan didalam beberapa siri video serta gambar skandal seks yang menggemparkan negara. Bukti fizikal seperti bentuk perut telah menjadi alasan Anwar menafikan dakwaan terbabit. ~ MPP News

6 ulasan :

  1. lor kalu bukan dia wat pe nak saman2...pelik pulak....bila dia saman maka secara terusnyer dia mengakulah itu dia dlm video tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btol tu, blog tu x ckp pon tu mr mansuh, nk saman knp? Da jd sawan?
      Kata kebebasan media, kata nk lgbt sgt..awat nak saman?
      Baru gambar pon da glabah..rilek la, blh msk wikipedia nnti
      Hahaha

      Padam
  2. Tak masuk akal pula, kenapa org lain jadi mangsa.

    BalasPadam
  3. kalo bukan dia nak saman bende apenye......macam ni bukan aku je marah....sam ketot pun boleh jadi hulk macam ni.....

    BalasPadam
  4. yang ini pasal kes china doll tu kan?

    BalasPadam
  5. kata bukan kau yang buat... nape nak takut??? itulah modal anwar.. asik2 saman... asik2 saman..
    begitulah tindakan terakhir anwar untuk cuba membersihkan taik die......

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online