BREAKING NEWS

Tun Mahathir kena belasah...

Zaid Ibrahim semalam telah menyeru kepada pengundi untuk mengenepikan amaran yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghancurkan Malaysia.

Dalam blog yang diterbitkan, Zaid mengatakan Dr Mahathir dan Anwar menghentam sesama sendiri dan mengatakan Anwar lebih baik dari segi integriti moral, perhubungan dengan masyarakat luar bandar dan pengaruh Islam.

Zaid berkata, kenyataan terbaru Dr Mahathir tidak boleh dilihat sebagai objektif kerana datang daripada seseorang yang "terkedu" apabila Anwar masih kekal walaupun menghadapi “tsunami” dalam karier politiknya.

Zaid dalam blognya mengatakan jika Anwar menjadi perdana menteri, ia adalah “kekalahan terbesar” Dr Mahathir.

“Dr M tidak boleh menerima hakikat bahawa individu yang beliau tentang dengan seluruh jentera kerajaan masih lagi pemimpin politik yang lebih popular dari beliau,” kata Zaid lagi.

Ahli politik yang mempunyai sejarah politik berwarna warni, dari menjadi menteri di Umno kepada pemimpin di PKR, mengatakan PR seharusnya diberi peluang untuk memerintah, walaupun Dr Mahathir berulang kali mengkritik tentang pakatan pembangkang yang sukar untuk membentuk kerajaan.

Zaid bersetuju Anwar “tidak banyak melakukan perkara baik” ketika beliau menyertai Umno, atau semasa beliau menjadi menteri pendidikan atau timbalan perdana menteri. “Beliau bukanlah seorang pelopor,” kata Zaid lagi.

“Beliau sombong, feudalistik, keras kepala, dan lebih berminat untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam parti berbanding perubahan.”

Namun begitu, Zaid menambah bahawa pengalaman traumatik semasa karier Anwar hampir berhenti apabila beliau dipenjara, dipukul serta dimalukan kerajaan sudah pasti mengubah dirinya menjadi lebih baik.

Anwar kini seorang “yang berbeza”, dan kali ini, Anwar mengetahui apa beliau perlu lakukan, terutamanya tentang mengubah pemikiran dan menukar kerajaan yang lebih bersih dan sederhana, menurut Zaid dalam blog tersebut.

“Mereka tidak mahu pemimpin yang korup dan kayakan diri sendiri, parti dan keluarga,” kata Zaid. “Anwar dan ahli keluarganya tidak kaya, dan mereka hidup serba sederhana,” tambah beliau lagi.

Zaid berkata pengalaman Anwar telah menjadikan beliau menjadi terkenal dalam politik, dan mengenali lebih rapat dengan pedalaman di Malaysia dan golongan miskin di bandar apabila beliau bergerak di seluruh negara membawa perjuangannya.

Zaid berkata Anwar sangat mengambil berat dan ketulenan dalam memperjuangkan keadilan, berdasar pengalaman beliau sendiri.

“Mereka benar-benar berjuang dan kita boleh percaya. Beliau sudah berubah, tetapi Dr M tidak,” katanya lagi.

Zaid adalah menteri kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi dipecat pada tahun 2008, selepas beliau meletak jawatan membantah keputusan kerajaan untuk menggunakan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) untuk menangkap ahli politik pembangkang, blogger dan wartawan.

8 ulasan :

  1. ok la zaid

    kat FB nnti aku 'like' kat nuar

    tapi masa undi nnti aku pangkah UMNO/BN

    sebab

    Ayahanda Tun Mahathir ada situ

    aku harap kau paham

    -Jairil Khil Johali-

    BalasPadam
  2. bila kaki todi berbicara..selagi kuasa maish menebal dalam diri si zaidi ni, pintu taubat pun buat2 tak namapk..

    BalasPadam
  3. woohhaa...bkn main lg Bang Zaid nih melantun2 puji nye Bang Non tu...patut le ada umat wali pakatan cakap memang ada pemimpin anugerah tuhan plak...

    BalasPadam
  4. zaid lu tak tauatau buat bangang anuar kaki jubokkk , aku tak pernah dengar tun m ckp bohong , tapi nuar memang kaki bohong dan kau jugak

    BalasPadam
  5. apa beda nya dgn kata kata seorng pemabuk...

    BalasPadam
  6. ZAID BENGONG..PASAL KAU PAK LAH TUMBANG..KERANA KERANA CADANGAN KAU BAGI DUIT KAT BEKAS HAKIM TU PAK LAH YG KENA KUTUK...KAU SOKONG SAPA SEBENARNYA NI,KEJAP MASUK PAKATAN PASTU KELUAR PULAK...PARTI KITA PUN DAH BUANG KO..KARIER POLITIK KO DAH HANCUR LAH ZAID..

    BalasPadam
  7. Politik desperado x prlu dilyn krn utk hidup apa pun boleh dilakukn trmasuk jd anjing suruhan pn xpe asal boleh terus hidup dlm dunia politik. So perlukah kita lyn geng kaki mabuk ni..?

    BalasPadam
  8. NAK MASUK PR BALIK KE ZAID OOOOOI? KAH KAH KAH

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online