Titah baginda tuduhan yang dilemparkan itu tidak masuk akal dan sangat melampau.
"Tindakan itu hanya akan dilakukan penjenayah yang bersalah sahaja dengan memutar belit fakta selain menyalahkan undang-undang bagi mengelak diri mereka daripada dihukum," titah baginda semasa mencemar duli merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya, di sini hari ini.
Lebih buruk lagi titah baginda, ada penjenayah meninggalkan negara kerana takut berhadapan dengan tindakan undang-undang dan kemudian membuat tohmahan yang memburukkan negara sendiri.
"Manusia berlidah biawak seperti ini adalah pengkhianat kepada negara. Jika mereka berkata benar, buktikanlah kebenarannya dan jangan terus menjadi pengecut, ibarat melontar batu sembunyi tangan," titah baginda.
Titah Sultan Ibrahim lagi, Malaysia adalah negara berdaulat dan mempunyai undang-undang yang digubal rapi serta semua tindakan yang diambil pihak berkuasa mengikut peruntukan yang ditetapkan.
Baginda bertitah setiap anggota polis sudah menjalani latihan dan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan untuk menguatkuasakan segala undang-undang.
Sultan Ibrahim turut memuji polis Johor yang berjaya meningkatkan tahap keselamatan di negeri itu dan sentiasa memberi pertimbangan kepada sensitiviti masyarakat serta kepentingan ekonomi. - Bernama
p/s: Daulat Tuanku!!
setuju dgn tuanku, daulat tuanku !!!
BalasPadamorg yg tak caya dgn polis tu lebih baik mengadu kat unit amal PAS je kalau jd apa2 kes jenayah kat rumah/kawasan diorang...
BalasPadamsalah tu bro..bkn unit amal pas tap UNIT ANAL PAS..
PadamPAS itu satu kecelakaan pada umat ISLAM
BalasPadam