BREAKING NEWS

Salah ke buka Kelab Malam..? - Awie


Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.

“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.

“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,”katanya.

Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.

“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?

“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” jelasnya dalam nada kesal.

“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.

“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?

“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.~ mStar

8 ulasan :

  1. INGAT AGAMA BRO..

    lu nak cari rezeki lu punya hal..tapi ada sempadan dan hukumnya dalam mencari rezeki.. sila berbincang dengan sesiapa yang lebih arif.

    aku sbg penyokong kerajaan pun sedih bila baca alasan dia nih..nanti yang akan disalahkan adalah umno jugak..padahal ini semua urusan peribadi..tengok laa...

    BalasPadam
  2. Byk lagi perniagaan yg boleh dibuka..kalau dah menjual minuman keras kepada kepada org Islam..apa hukumnya..bukan sbb kamu artis kamu di persoalkan..tapi secara tak langsung artis nilah juga cth budak2 muda..kalau sok jgn pelik Bila org kata apasal minum arak tak boleh..yang jual arak tu org Islam..yg bukak Kelab pun org Islam..dan secara tak langsung nama AWIE lah yg pertama terpancul di bibir mereka...So dapatlah sikit tempias2 "saham" yg ditanam oleh anda di sana nanti..Moga Allah membuka hatinya...aminnn..

    BalasPadam
  3. salah la bodoh. lu da tua tp apesal JAHIL sangat. lu ISLAM tp bkk kelab mlm. lu mmg wat malu org ISLAM baik UMNO atau PAS. lu ada duit dan banyak lg cara nk cr rezeki nk tanggung ank bini. rezeki dr sumber yg HALAL br la BERKAT. klo x tahu belajar la bodoh. kerajaan bnyk sediakan bantuan camna nak mulakan perniagaan yg HALAL. tp bila diri sendiri suka yg HARAM camni la jadinya. tp UMNO jgk yg salah. N.AJIS, amanat sesat hadi, nuar jubo tergedik2 nk gadaikan kalimah ALLAH yg maha suci tp UMNO jgk yg salah. kalo x krn masih ada org2 PAS yg betul2 beriman dan sygkan ISLAM mmg tergadailah kalimah ALLAH pd org kafir harbi.

    BalasPadam
  4. aduss..bercakap seperti orang tiada pelajaran..!!!!..of coz lah ko buat orang pertikaikan, nama pun selebriti, jadi apa saja yang ko buat mesti jadi perhatian.... walaupun kubur lain-lain tp sebagai sedara seagama wajib lah kami tegur, apa ko rasa ko buat benda yang terang2 salah ko mau orang bagi ko pujian ? bodoh sombong!!!!

    BalasPadam
  5. KALAU SEMUA NAK KATA BERNIAGA ATAU CARI REZEKI TANPA FIKIR HALAL HARAM ATAU SYUBHAH. BAIK JADI GIGOLO JE.

    HIBURAN? JADI PENCIPTA LAGU, PENULIS LIRIK SEMUA, MENTOR KEPADA ARTIS BARU, ATAU JADI JURI MAHARAJA LAWAK TU BOLEH JUGAK CARI REZEKI. NI BUKAK KELAB MALAM APA KE JADAHNYE?

    BalasPadam
  6. jawapan orang tak cukup ilmu agama...kesian..semoga diberikan hidayah dan sempat bertaubat sebelum masuk kubur...dah masuk 40 tahun umur kalau tak berubah lagi payahlah bro...nak cari makan banyak lagi cara...xyah la kata xdak care lain...tu jawapan orang cari alasan jer...

    BalasPadam
  7. eleh...kamu semua ni...mengutuk je tau...pandai kutuk artis...tak tengok muka sendiri..lantak dia lah nak buka kelab malam ke apa ke...yang korang iri hati pasal apa???tak da akai punya orang...

    BalasPadam
  8. Kelab malam = Mendedahkan aurat = Haram

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online