Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din baru-baru ini telah membuat ketetapan sedemikian dan seharusnya dipatuhi terutama oleh semua pemimpin dan ahli parti itu.
Sehubungan itu, tegasnya, kepimpinan tertinggi Pas terutama Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Haron sendiri perlu segera menjelaskan perkara berkenaan supaya tidak mengelirukan umat Islam.
"Saya harap Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi, Haron beritahu mereka semua ini amalan syirik. "Jangan mati dalam syirik. Jangan nanti mereka (berjuang) dalam parti Islam tetapi mati dalam syirik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hasan yang juga bekas Naib Presiden Pas ditemui selepas menjadi panel Forum Perdana dalam program Gerak Himpun Maulidur Rasul.
jap.......nak tanya penganut pas..........meh kita nak pi putra jaya.......meh meh
BalasPadam