BREAKING NEWS

Neelofa dan Hans Isaac bakal kahwin tahun depan??

Aktor dan produser Hans Isaac berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya pada pertengahan 2014.

Hans atau nama sebenar Gerald Hans Isaac, 42, berkata, dia kini sudah bersedia untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kehidupan peribadi selepas kematian ibunya Carmina Anciano Isaac, 74, pada 13 Ogos 2012.

Kata Hans, dia dah dua, tiga tahun lepas memberikan tumpuan penuh kepada ibu yang sakit dan meletakkan soal hubungan ke tepi buat seketika.

Namun kini apabila ibu sudah tiada, so, tibalah masa untuk dirinya sendiri. Menurut Hans dia meletakkan sasaran paling awal dalam pertengahan 2014.

Hans berkata, soal berumah tangga bukan perkara remeh yang boleh diambil mudah dan ia memerlukan persiapan dan keputusan yang tepat.

Bagus la kalau macam tu, tapi peminat semua nak tahu siapakah calon isteri Hans Isaac tu? Kita tengok jer tahun depan nanti. Adakah si dia itu bernama Neelofa?

Tak mustahil jugak beb sebab sekarang ni mereka memang rapat walaupun masing-masing tak nak mengaku.

3 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online