BREAKING NEWS

Janda 18tahun kemaruk SEKS selepas sebulan bercerai..

Seorang janda muda yang baru sebulan berpisah dengan bekas suaminya ditahan bersama seorang lelaki yang juga kekasihnya ketika zaman persekolahan kerana disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik sewa di Padang Sera, dekat sini, awal pagi semalam.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 3.30 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), sebelum menemui wanita berusia 18 tahun itu dan pasangannya yang berpura-pura mengaku sebagai pasangan suami isteri.

Turut berada dalam bilik sewa itu ialah seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan yang juga anak wanita terbabit dipercayai dijadikan umpan kononnya anak mereka sekali gus untuk mengelak kegiatan tidak bermoral itu diketahui penduduk.

Sumber berkata, ketika pemeriksaan di bilik berkenaan, pintu bilik dibuka seorang lelaki dan seorang wanita serta bayi lelakinya berusia tujuh bulan ditemui dalam bilik itu.

“Selepas meminta dokumen pernikahan untuk membuktikan mereka adalah suami isteri, pasangan itu memberi alasan tertinggal di rumah dan selepas soal siasat lanjut dijalankan, hubungan sebenar mereka diketahui,” katanya.

Difahamkan, pasangan itu dipercayai dari Simpang Empat, Perlis dan sanggup datang ke Padang Sera, di sini untuk melepaskan rindu.

Katanya, pasangan itu akhirnya mengaku mereka hanya kawan dan pernah menjalinkan hubungan ketika zaman persekolahan sebelum wanita terbabit berkahwin dengan lelaki lain.

“Pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan. Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. Mereka kemudian dibebaskan selepas keterangan diambil di pejabat PADKP,” katanya.


p/s: Kedah lagiiii.... Sejahtera sungguh noooo... Huhuhuhu...

13 ulasan :

  1. patutlah kedah suhu panas terik x tahan. byk maksiat

    BalasPadam
  2. salam brokkkkkkkk admin....lu cuba baca apa yang lu komen????....pasangan tu dari kedah ker perlis?...lu buat lawak la brokkkk...kahh10X......bhai,ko reti baca ke tidak?ni aku paste kan balik..."Difahamkan, pasangan itu dipercayai dari Simpang Empat, Perlis dan sanggup datang ke Padang Sera, di sini untuk melepaskan rindu"..kah..kah...yang lawak2...org nak bukak blog,ko pon nak bukak jugak..niat tu dah tak betul tu bhai........klu nak tunjuk kelemahan pembangkang pun,cari lah yang betul2 punyer bukannya dengan cara fitnah..ok?chowwwwww........

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab kat kedah byk peluang nak buat maksiat la depa pi kedah..apedaa bingai macai PR nih..kah kah kah

      Padam
  3. Kes maksiat tu berlaku kat kedah, tak kisah la org tu dr mana.yg hg ni nak meroyan apa hal. Benda dah jadi mengaku sj la.

    BalasPadam
  4. kat perlis susah nak buat tu pasal pi buat maksiat kat kedah no. Kedah sejahtera bersama PAS.

    BalasPadam
  5. Jangan dok salahkan pentadbiran negeri. Semua ini akan terjadi dan akan terus menjadi jadi sekiranya Hudud diketepikan dan perlekehkan. Tahukah siapakah yg ketepikan/perlekehkan hudud?

    BalasPadam
  6. tahniah penguatkuasa agama Kedah..teruskan..cuma saya pinta banyak bersabar dalam menangani kes maksiat..maklumlah kedah dah lama diperintah oleh.....kena ambil masa nak ubah semua daki-daki yang dah lama melekat...lagi satu, jgn lupa ikan jerung..

    BalasPadam
  7. pas + n ajis yang ketepikan dan perlekehkan hudud .... buktinya yb selinsing + mat sabun boleh senang2 lepas dari hukuman di dunia ni....(kat akhirat nanti jangan harap la....)

    BalasPadam
  8. Aku tahu..

    Pas la. Pas kata hudud hanya 0.01% sj dlm Islam. So?...

    BalasPadam
  9. Sokong lah undang2 islam... ni asyik dgn parti k pop aje.. mana tak penuh dgn maksiat.. cuba la sokong sekali.. melayu bersatu untuk tegakkan negara islam.. baru la org2 kafir berduyun2 peluk islam.. ni korang sama naik karaoke dengan depa tu.. nanti sama2 la kena rebush... tunggula...

    BalasPadam
  10. UNDANG2 ISLAM HANYALAH MAINAN PAS UNTUK MENAGIH UNDI ORANG ISLAM... BILA DAH BERGABONG DGN DAP DAN PKR... UNDANG2 ISLAM DAH JADI BUNGKUSAN KAIN BURUK

    BalasPadam
  11. KEDAH DAN KELANTAN AKAN SEMAKIN PANAS SEBAB PEMIMPIN2 LAKNAT NYA SUKA MEMBUAT KEROSAKAN ALAM DAN MENGGONDOLKAN MUKA BUMI

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online