BREAKING NEWS

Hadi tak salah.., Umno yang jahat.. - Nizar

Petualang yang menyebarkan Amanat Haji Hadi 32 tahun lalu perlu dicari kerana individu itubertanggungjawab mencetuskan kontroversi.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petualang dimaksudkan dipercayai bekas ahli Pas dan kini menganggotai Umno di Terengganu.

Beliau mendakwa, bekas ahli Pas itu dipercayai antara mereka yang hadir ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan di Kampung Banggol Peradong, Manir, Terengganu, 7 April1 981.

Katanya, ramai pihak salah tafsir ucapan dan kenyataan Abdul Hadi itu, sedangkan ia hanyalah perkara biasa yang dilakukan ketika menyampaikan ucapan.

“Individu berkenaan seharusnya meneliti sepenuhnya sebelum dan selepas ucapan yang dibuat sebelum membuat kesimpulan,” katanya.

Katanya, beliau bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menolak cadangan Pas mengadakan muzakarah secara tertutup mengenai isu Amanat Haji Hadi.

Katanya, sepatutnya Abdul Hadi diberi peluang menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat melalui siaran langsung di televisyen, seperti diminta Abdul Hadi.

“Cadangan (mengadakan muzakarah secara tertutup) itu bukanlah kaedah terbaik untuk mencari kebenaran. Perkara (berkaitan penjelasan) itu perlu dilakukan secara terbuka agar rakyat boleh menilai,” katanya.

6 ulasan :

  1. apakah dgn penyebaran secara haram tu membuktikan bukan dia yg berkata kata...32 thun dah benda tu berlaku tkan 5 minit pun tk der utk dia menafikan...apakah otak dia bru berfungsi..he he he.presiden paling bodo utk satu pertubuhan.

    BalasPadam
  2. Baguslah tu YB Nizar. Nama aje kamutu lulusan kejuruteraan. Professional lah konon tapi masih lagi Bangang bin Bahalol bin Dungu bin Tolol.

    Kalau dah dasar kau tu bersaudara dengan Chin Peng, janganlah menegakkan benang basah.

    Aku doakan kau bungkus di PRU 13 YB Nizar.

    Dasar BODOH TAK BOLEH DIAJAR, PANDAI TAK BOLEH DI IKUT.

    BalasPadam
  3. Nizar pn petualang jg kan

    BalasPadam
  4. Ngeh ugut Dato Hamidah
    Ngeh ugut Pisau
    Nizar ugut bekas Ahli PAS..
    Dorang ni bukan sahaja haramjadah malah cuba jadi samseng, nak main ugut ugut pula..

    Nizar.. ngeh sanggup bayar 1k, untuk dapatkan Pisau...engkau pula sanggup bayar berapa untuk ahli engkau yang belot?

    BalasPadam
  5. eih...pisau kan berlambak jual kat kedai hardware...apasal plak sampai nak byr RM1K plak...padahal pisau tu br berapa sen je...bodoh nye Ngeh Ngok Ngek..!!!

    BalasPadam
  6. yang menyebarkannya amanat tu dikira 'jahat' ..yang membuat amanat tu Bapak Penjahat..!!haaa..kesian Nizar..ketua dia bapak penjahat..termasuk lah yg menyokong bapak penjahat. tahniahlah nizar oiii.sendiri yg tuduh Ketua sendiri.kerja org Pas ni memang dari dalam perut.asyik nak salahkan orang..dah tua renta pun tak tobat2 lagi..semakin menjunam kelakuan org Pas ni yg berkepentingan ni.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online