BREAKING NEWS

Pelakon kontroversi dah serik pakai tudung??

Masih ingatkah lagi anda kepada pelakon ini? Nama Wan Norazlin satu ketika dulu panas ekoran dihimpit kontroversi berhubung isu video seks. Sejak itu beliau seakan sepi dari dunia lakonan. Namun aktres tinggi lampai yang kembali aktif berlakon sejak beberapa tahun lalu.

Dalam perkembangan terbaru, akhbar Berita harian melaporkan Wan Norazlin yang sebelum ini tampil berhijab sejak beberapa tahun lalu, nampaknya kembali dengan imej lama.

Dalam laporan juga menyebut Wan Nor Azlin enggan ditemubual dengan alasan tidak perlukan publisiti dalam kerjaya seninya lagi.

"Saya sudah malas nak ditemuramah wartawan sebab mereka pasti hendak bertanya mengenai status saya.

"Saya sekarang ini hendak low-profile saja dan tak perlukan publisiti. Apa yang penting, saya masih menerima tawaran berlakon dan mahu fokus pada kerja lakonan saya," katanya.

Wan Norazlin berkata, dia sudah serik berkongsi kisah peribadinya kepada umum. Sebaliknya, dia mahu memberi keutamaan kepada kerjaya seninya saja.

"Maaf sangat-sangat kerana tidak mahu bercakap soal peribadi. Ini kerana rasanya sudah terlalu banyak cerita hidup saya keluar (dalam media) sebelum ini.

"Saya tidak mahu lagi mencari publisiti dengan bercerita mengenai hal-hal yang tiada kena mengena dengan kerjaya saya sebagai pelakon," katanya. - MD

2 ulasan :

  1. manusia selalunya ingat allah bila masa susah,bila sudah senang mula lupa allah,nauzubillah..peringatan utk diri saya jg

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online