BREAKING NEWS

Shila Amzah kena MAKI dalam Fesbuk sebab makan McD..


Penyanyi popular yang dengan lagu patah seribu, Shila Amzah telah telah dihentam teruk di laman facebok beliau apabila memuat naik gambar di kedai makanan segera McDonalds.

Shila Amzah dilabelkan sebagai hipokrit oleh beberapa orang peminatnya kerana beliau baru-baru ini baru sahaja membuat persembahan amal untuk Palestin.

Ramai peminat mengatakan tindakan Shila menyokong McDonalds adalah seperti bersekongkol dengan pihak Yahudi didalam menindas rakyat Palestin.

Dalam hal ni, gua tak memihak pada mana-mana pihak.. Bagi gua, tak ada bukti bahawa McDonalds di Malaysia ni menyumbang pendapatan dorang kepada pihak Yahudi..

So.., nak makan atau nak boikot.., itu terpulang kepada individu masing-masing.. Azhar Idrus pun selamba je lepak di McDonalds.., so apa nak kecoh sangat beb..

16 ulasan :

  1. Budak malaysia mmmg cam tu, bukti kata mc d malaysia takde salur dana pon takde. Itu pon nak jadi isu...

    BalasPadam
  2. Orang melayu terlalu sensitif. Padahal mereka semua ni tahu McDonalds adalah perniagaan franchise. Modal permulaan dibayar oleh franchisee kepada McDonalds Malaysia. Bahan2 pula dibeli dari supplier McDonalds Malaysia. Tiada bukti McDonalds Malaysia bagi dana kepada McDonalds International. Dana untuk Israel adalah dari McDonalds International.

    BalasPadam
  3. ssh nk ckp psl ni..kalau rasa nk boikot tu..boikot jerla...xyah nk hanjingkn org yg mkn mcd..
    setahu syla..mcd jugak ada menyumbang utk yayasan kanak² sumbing..dan dikatakan pembekal ayam adalah rakyat malaysia jugak..
    terpulangla pd individu sama ada nk memboikot atau tidak..
    amalan lain pd anda yg memboikot ni pst kan tip top yer..
    maaf kalau sy bersalah mengutarakan pndpt..

    BalasPadam
  4. Terpengaruh dgn internet la ni. Kat indonesia McD, KFC, Starbuck semua aset Amerika jd sasaran sebab terpengaruh dakyah kononnya mereka bantu askar yahudi. Tapi ada juga syarikat US yg sumbang dana contoh utk kanak2 yahudi tp utk umat islam juga ada. biasalah syarikat koperat luar negara tp dana askar yahudi takda bukti langsung. Yang konfem McD or KFC di Malaysia milik org Malaysia. Makan je lah.

    BalasPadam
  5. kalau setakat makan mcd dah dikatakan bersubahat.. ingatlah berapa banyak barangan lain yg lebih penting...fikirlah rakyat malasia yg kerja kat mcd tu.. berapa ekar pulak kat malaysia ni tanam dgandum.... tak makan roti canai la beb...

    BalasPadam
  6. Komen biasa2 jer tu bro

    BalasPadam
  7. klu boikot mcD tp xsolat pon xguna....israel gelak je tgk org malaysia ni boikot mcD...skit diaorg xtakut...tp klu sume umat islam kat malaysia ni solat subuh berjemaah kat masjid mcm solat jumaat...masa tu la baru israel takut....pikir2kan la yg keje kat mcD tu org islam gak..

    BalasPadam
  8. Bila takde kepentingan sedap-sedap korang kutuk. Tp bila korang nak makan, banyak la alasan kata takde buktilah, apalah.

    Cuba la istiqomah. Korang ni macam PAS plak. Bila takde kena kat depa kutuk kemain. Mengkafir pun sanggup. Bila kena kat batang hidung, tetiba macam-macam dalil yg keluar.
    Poodah. Boikot McD.

    Masa ni la nak kembangkan perniagaan orang Muslim. banyak alternatif dah ada. RFC, MFC. Even KFC Malaysia pun dah jd perniagaan muslim (JCorp). Kalau korang dok pilih yg lebih sedap, dah lama establish la menang. jawabnya tak berkembanglah yg baru nak naik.

    Fikir jauh la bai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betol tu.boikot je la.ramli burger & sempoi oblong burger pun sedap ape.ni blk2 mcd.aku dah 2 tahun x mkn mcd.ok je.

      Boikot je.sokong produk bumi!

      Padam
  9. Pakcik sy yg berjwatan___di____ada di lawati oleh sahabatnya dari Palestin. Secara ringkasnya saudara Islam kita itu tertarik dgn kehidupan Melayu Islam disini. Tetapi dipendekkan cerita, rakan Palestin ini meluahkan rasa sedih dan terkejutnya apabila melihat orng2 Islam kita disini beratur ratur utk membeli makana di McD.
    Trdapat beberapa komen disini yg menyatakan bahawa mcD tidak menyumbang kpd yahudi. Sungguh pelik cara berfikir begitu. Yahudi menguasai dunia hari ini adalah semuanya bersumberkan perniagaan. McD adalah salah satu perniagaan yahudi yg paling brjaya, itu shj sudah mencukupi. Memanglah McD International yg bg dana pada yahudi. Tapi duit dan keuntungan perniagaan McD international pulak datang daripada mana? Takkanlah daripada warung2 kopi dan mamak restoran.
    Kesimpulannya, kita seharusnya memahami perasaan saudara Palestin yg sy sebutkan tadi. Simple analogy, katakanlah tanah di negara kita yg diserang dan dirampas yahudi. Ibu, adik, isteri atau anak kita pulak terbunuh disembelih di tanahair sendiri. Jadi apakah perasaan kita bila keluar negara, kita melihat saudara2 Islam kita disana adalah suppoter setia produk2 perniagaan yahudi. Keuntungan yg dipungut yahudi drpd saudara Islam kita itu pulak digunakan utk merampas tanah dan membunuh keluarga kita disini. Takkanlah nak tunggu sehingga Allah uji sampai di tahap itu barulah kita dapat memahami perasaan saudara2 Islam kita di Palestin...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama 30 Disember 2012 9:05 PTG

    "..setahu syla..mcd jugak ada menyumbang utk yayasan kanak² sumbing.."

    Klu tangan kanan sumbang setinggi gunung pun tetapi tangan kiri pulak sumbang yahudi utk bunuh org Islam nak buat apa.
    Klu dgn menyumbang shj dah boleh halalkan everything, mcm tu baik jadi perompak je. Rompak 10 juta, lepas tu sedekahkan balik 2 juta gitu...

    BalasPadam
  11. Bangsa Yahudi ni akan berusaha memesongkan akidah umat Islam sampai kiamat, dlm proses itu pelbagai cara Yahudi lakukan antaranya fesyen yg mendedahkan, hiburan yg melalaikan termasuk makanan yg merosakkan, skarang org Islam Malaysia dah bertelagah kerana McD, yg untung Yahudi sbb brlakunya perbalahan sesama sendiri, hina caci, itu semua tipu daya Yahudi secara senyap hanya disebabkan makan McD, pernah terbaca satu aktikal di mana McD di negara Israel berlainan dgn McD di negara lain, McD di israel membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!, Puak Yahudi ni brusaha nak musnahkan umat Islam dgn cara merosakkan kesihatan org Islam, mereka tak perlukan dana ke, keuntungan ke dlm prniagaan McD tu tapi berjaya matikan Islam dengan penyakit, fikir2kanlah nak boikot atau tak

    BalasPadam
  12. 25 nabi adalah keturunan bangsa yahudi ..jangan salahkan bangsa orang lain kalau diri tu terpesong... kalau nak cakap pasal agama banyak benda yang tersirat..kata agama suci tapi kitabnya tak habis2 kata bangsa lain kafir..stop act like hypocrite.

    BalasPadam
  13. azhar idrus kata x boleh makan mcd...tapi dia pun makan jugak!!!!

    BalasPadam
  14. kakakah...bodoh korang semua ni

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online