Pelakon Haire Othman bertekad berjuang sehingga ketitisan darah terakhir sebagai 'Leftenan Adnan Moden' untuk membetulkan senario politik sekarang agar bebas dari belenggu pemikiran jumud pemerintah Barisan Nasional (BN).
Semasa membintangi filem 'Leftenan Adnan' iaitu seorang Tentera Melayu yang bekerja dengan British menentang Jepun sekitar tahun 1940 jelas beliau, jiwa serta semangatnya begitu tinggi bangga terhadap perjuangan yang ditunjukan oleh Leftenan Adnan yang sanggup bermati- matian menentang kemaraan Jepun.
"Semasa memegang watak Leftenan Adnan jiwa dan semangat saya begitu tinggi walau pun waktu itu saya sendiri kurang arif siapa sebenarnya Leftenan Adnan yang kuat membantu British menentang Jepun.
"Selepas membaca dan menyelidik akhirnya tahu dan sekarang berminat menjadi 'Leftenan Adnan' baru dan moden untuk menentang Umno dan BN, " jelasnya ketika berucap di majlis minum petang di Dewan Haji Taib, Tasek Gelugor semalam.
Semangat Leftenan Adnan tetap berkobar di dalam sanubari sehingga kini, cuma bezanya dulu dalam lakunan menentang Jepun tetapi sekarang bersama PAS menentang Umno dan BN.
Bagi beliau, menentang kepimpinan Umno satu kewajipan kerana menyalahgunakan kuasa yang diberikan, menyelewengkan wang rakyat dan bersikap zalim dengan rakyat seperti bertindak merampas hak sedia ada.
Memandangkan rakyat telah sedar jelas Haire lagi, kepimpinan BN terpaksa mengalih strateji menghulurkan tangan persabatan dengan memberikan segala macam bantuan yang tidak pernah dibayangi rakyat.
"Sekarang ini rakyat telah diberikan terlalu banyak wang sebagai umpan politik. Dulu tidak pun. Inilah yang dikatakan rasuah politik menjelang pilihanraya umum ke 13," tegasnya.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Dan sprti Leftenan Adnan juga beliau akan gugur di tgh jalan.yg akn brjalan & berjuang cuma tabung2 dn tin milo2 tinggalannya shj bg meneruskan perjuangannya yg blom selesai.
BalasPadamDia sendiri pon confiuse dgn apa yg nak diperjuangkan...
Padamceh...sembang boleh la. hang x yah dok sembang pasai berjuang la. ang balik pebetoi abang hang hat yg reja tudm tu dulu,teruk sangat dah prangai dia tu. dah setle,baru ang bleh sembang pasai bejuang ka apa ka. tu pun takat sembang saja la......hhhhaaaaaqqqqqq ppppttttuuuiiihhhh
BalasPadambiasa la artis dah senja ni......job dah xde....jadi komander unit amal je la.....
BalasPadamkalau benar ada pemimpin BN menyelewqeng wang.. aku akan hukum dia dalam pemilihan parti..
BalasPadamtapi sebelumnya aku terpaksa memilih pemimpin yang menyeleweng wang dripada memilih pemimpin yang menyelewengakidah..
Ada Faham Hairi?...
Pak Hairie nak masuk komunis bintang 3 ke...elok gak join dgn Mat Syabun tu kan...perjuangan yg belum selesai...langgar Pajero polis...BerShit 3.suku...hahahaha.....
BalasPadam