BREAKING NEWS

Pok Nik tewas dengan desakan NAFSU...

Kesediaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 disifatkan sebagai strategi memuaskan nafsu politik beliau sendiri.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Noraini Ahmad Khalil Saperi berkata, Nik Aziz tidak akan bersara kerana terlalu taksub dengan jawatan Menteri Besar Kelantan yang disandangnya sekarang.

"Nik Aziz yang kini berusia 81 tahun masih mahu bertanding walaupun sering uzur.

"Nafsu politiknya masih belum puas dan agama digunakan sebagai alasan mengekalkan kuasa walaupun tidak mampu melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Noraini mengulas kenyataan Nik Aziz yang berhasrat mahu bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang meskipun ramai yang berharap beliau bersara daripada politik memandangkan keadaannya yang semakin uzur.

Menteri Besar Kelantan itu juga berdolak-dalik apabila ditanya tentang janji beliau mahu berundur daripada politik sekiranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian.

Menurut Noraini, Nik Aziz akan memberi pelbagai alasan untuk kekal berkuasa di samping menjadikan agama sebagai topeng menyembunyikan nafsu politiknya.

"Sepanjang pengetahuan saya, belum ada di dunia ini seorang ulama tulen memasuki gelanggang politik atau memegang jawatan politik," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap Nik Aziz yang sanggup membuat janji palsu, mengkafirkan saudara seagama dan memaki hamun sesama Islam semata-mata mahu mengekalkan kuasa politik dan kedudukan Menteri Besar Kelantan.

"Nik Aziz mahukan kuasa untuk nafsu diri sendiri dan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat," jelasnya.

4 ulasan :

  1. Berundur sahjalah Nik Aziz sebelum anda dimalukan dengan kekalahan. Ramai lagi orang-orang muda yang boleh mengambil teraju kepimpinan di Kelantan. Dulu cabar Tun Mahatir agar bersara, Tun dah bersara Nik Aziz bila lagi?

    BalasPadam
  2. org tua kutuk nih mn la nk sedar diri ish ish

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum,saya tidak sokong mana2 tapi seeloknya jangan lemparkan kata2 kasar, mungkin beliau ada sebab yang tersendiri..jgn mara :)

    BalasPadam
  4. Memang dia ada sebab yang tersendiri....kalau Nik Aziz bersara sudah tentu Pas akan terlangkop menyembah bumi dek percakaran sesama ahli dan perjuangan parti yang tidak lagi relevan di masa kini.

    Kekuatan Pas adalah terletak pada Nik Aziz dan bukannya pada Islam !!...sebab itu Nik Aziz terpaksa bertahan..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online