BREAKING NEWS

ALAMAK!!! Ustaz KANTOI rogol gadis bawah umur di Kedah..

Seorang lelaki berusia 64 tahun bergelar Ustaz yang didakwa merogol seorang gadis bawah umur ketika mangsa mendapatkan rawatan tradisional daripadanya, kini sedang diburu Polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Md Jan berkata polis menjejaki suspek yang dikenali sebagai 'Walid' itu sejak Februari lepas, susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa.

Gadis berusia 12 tahun itu mendakwa dirogol beberapa kali oleh bomoh tersebut ketika menjalani rawatan membuang sihir, di sebuah rumah sewa di Taman PKNK, Jalan Sultanah di sini antara September dan November lepas, katanya di sini hari ini.

Katanya polis mendapati suspek sudah berpindah keluar daripada rumah sewanya yang turut dijadikan pusat rawatan dan dipercayai berada di luar daerah ini.

Sementara itu, ibu mangsa yang ditemui pemberita, berkata anak saudaranya yang berusia 16 tahun juga mendakwa dicabul bomoh tersebut ketika menemani sepupunya menjalani rawatan berkenaan.

Dakwanya setiap kali rawatan, lelaki tersebut akan meminta untuk bersendirian dengan anak gadisnya di dalam sebuah bilik, kononnya bagi melancarkan proses rawatan.

"Selepas beberapa kali jalani rawatan anak saya cerita perkara sebenar yang dia dirogol oleh pengamal perubatan itu dan terus membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

"Doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan anak saya," katanya.

8 ulasan :

  1. Malang dan kasihan betul budak tu.semua ibu bapa dan individu bernama wanita, perlu berhati2 memilih tmpat perubatan tradisional untk mendapatkan rawatan

    BalasPadam
  2. mak bpk bodo anak yg jd mgsa

    BalasPadam
  3. Dulu bomoh palsu yang selalu buat kerja macam ni,..
    sekarang dah tukar title pakai gelaran ustaz pulak!

    macam-macam cara orang jahat nak memperdayakan...

    berhati-hatilah kita semua..

    BalasPadam
  4. bodoh datang lah ngan ayah dia. .ayah dia pun sama tau macam macam kes dah jadi macam ni masih lagi tinggalkan anak..tapi kesian eh ustaz gila.........geramnya kalau aku aku bawa kayu dan aku pandai karate. ...geram geram

    BalasPadam
  5. Jabatan Agama setiap negeri perlu mewujudkan pasukan khas untuk menangani masalah ini.

    1). Teliti balik atau wujudkan perundangan yang melibatkan amalan bomoh2 dan yang berkaitan di Malaysia ini.
    2). Satu Manual Prosedur perlu di keluarkan bagi memberi garispanduan kepada pengamal dan pesakit prosedur sebelum, semasa dan selepas rawatan. Perlu dijelaskan bahagian anggota mana yang boleh tak boleh sentuh.
    3). Sediakan talian aduan khas kebangsaan untuk masyrakat melaporkan kepada pihak bertanggungjawab bagi membuat penyiasatan.
    4). Wujudkan risalah, hebahkan melalui media masa, selitkan dalam ceramah di sekolah, masjid atau ditempat berisiko.
    5). Kepada semua Yang Berhormat dan pihak yang bertanggungjawab yang membaca ulasan ini,tolong sampaikan dan mohon buat sesuatu.Ketahuilah .... soalan Yang Maha Esa amat berat atas tanggungjawab.

    BalasPadam
  6. Org2 tua skrg..mane ble percaye.

    BalasPadam
  7. BODOH PUNYA USTAZ

    BalasPadam
  8. Kesihan budak tu,masa depan dia tak cerah lagi...kesihanye bomoh keparat harus di hukum mati je lagi baik merosakkan bangsa...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online